Tuesday, March 6, 2007

= 19 =

Tanpa sedar, cuti sekolah sudah tamat dan esok aku akan kembali ke asrama untuk memulakan sesi persekolahan yang baru. Terasa juga takut sebab bermulanya sesi persekolahan maknanya aku kena struggle untuk SPM. Aku menyusun satu persatu baju yang telah kulipat ke dalam beg.

“Amboi…tak sabar nak balik hostel ke?”

“Ish…terkejut Zura. Lain kali bagi salam dulu ye,” ujarku pada Kak Yana.

“Along tengok pintu bilik terbuka, Zura dok masukkan baju dalam beg, takdelah Along bagi salam. Rupanya sambil kemas beg dok mengelamun. Apsal? Rindu ke?” soal Kak Yana sambil tersenyum. Aku memandangnya pelik.

“Nak rindu pada siapa?”

“Ala…buat-buat tanyalah pulak,”

“Tak fahamlah. Zura nak rindu kat siapa?” soalku lagi. Serentak dengan soalan yang keluar dari mulutku, tanganku berhenti menyusun baju.

“Zaffri,”

“Hah?! Along ni demam ke apa? Apa hal Zura nak rindu pada Abang Zaff. Dia bukannya pakwe Zura nak rindu-rindu. Ntah apa-apa je Along ni,”

“Ye ke?” soal Kak Yana seakan tak percaya dengan kata-kataku. Aku mengangguk.

“Along jangan nak buat pasal. Zura tak pernah ada hati pun dengan Abang Zaff tu. Zura anggap dan sayang dia macam abang Zura. Zura anggap dia Angah Zura, tau. Along jangan nak buat cerita,”

“Tapikan, Along rasa Zaff tak anggap Zura ni adik dia,”

“Kenapa pulak Along kata macam tu?”

“Ntah tapi naluri Along mengatakan yang Zaff ada hati dengan Zura, dia dah tak anggap Zura sebagai adik dia sebaliknya dia anggap Zura lebih dari tu,”

Ayat yang keluar dari bibir mungil Kak Yana membuatkan aku melopong sekejap. Sejak bila pulak kakak aku ni jadi nujum ni, bisik hatiku.

“Banyaklah Along punya naluri. Tak kuasa nak layan atau nak percaya,” jawabku lalu menyambung kembali yang tertangguh tadi.

“Along serius lah. Percayalah kata Along. One day Zaffri akan luahkan rasa hati dia pada Zura. Just wait n see, that time baru Zura akan percaya kata-kata Along ni,”

“Apa-apa ajelah, Along. Yang Zura tau, dia tu Zura anggap sebagai abang dan setakat ni alhamdulillah perasaan Zura tak pernah berubah. Lagi pun Along, dia takkan ada hati pada Zura punya sebab dia kan dah ada Kak Dalila yang jealous tak ingat tu,”

“Along tak paksa Zura percaya sekarang ni tapi we just wait n see,”

Aku hanya mencebik, malas nak jawab cakap Kak Yana sebab aku tau mesti dia nak menang.

“Nak tolong apa ni?”

“Erm…takde apa rasanya. Cuma esok Along kena tolong bawa beg Zura ni,”

“Esok cerita lain. Oklah, Along nak turun jap, nak tengok umi kat dapur,” ujar Kak Yana lalu bangun meninggalkan aku sendirian mengemas. Tiba-tiba handphoneku berbunyi menandakan ada sms yang diterima. Aku bangun dan mengambil handphone di atas meja solek.

Buat apa tu? Esk balik hostel pkl brp?

Aku tersenyum membaca sms dari Abang Zaff. Nasib Kak Yana dah turun kalau tak puas aku nak menjawab soalan-soalan cepu gangsanya. Jari-jemariku pantas membalas sms tersebut. Tidak lama kemudian aku menerima balasannya.

Siapa hntr? Abg hntr boleh?

Hah?! Nak hantar…aduh, biar betul abang aku yang sorang ni. Matilah aku kalau Kak Yana terbaca sms ni, bisikku perlahan. Aku baru menekan butang reply ketika handphoneku berdering. Hampir terlepas handphone di tangan kerana terkejut.

“Hello, nak cakap dengan siapa?” soalku buat-buat tidak kenal dengan si pemanggil.

“Nak cakap dengan budak yang nak ambil SPM hujung tahun ni,”

“Budak yang nak ambil SPM? Siapa ek?”

“Mengada ya. Tak nak cakap dengan abang ke?”

“Hehehe jangan marah nanti cepat tua,” ucapku sambil ketawa kecil.

“Dah habis mengemas?”

“Dalam proses. Kenapa? Nak tolong ke?”

“Boleh juga nanti abang datang,”

“Ye lah tu. Tak keluar dating ke?”

“Ari ni tak. Mungkin esok atau lusa. Kenapa? Nak ikut ke?”

“Ikut? Takpe, terima kasih. Zura tak nak jadi penyibuk, nanti terkeluar biji mata Kak Dalila tu jeling Zura,” jawabku ketawa dan aku dengar Abang Zaff juga ketawa.

“Esok siapa hantar?”

“Papa, mama, Along,”

“Abang hantar boleh? Tak payahlah diaorang hantar,”

Hampir tersedak aku mendengar kata-kata Abang Zaff.

“Tak payahlah. Nanti Along ingat ramalan dia betul,”

“Ramalan Along? Ramalan apa?” soal Abang Zaff ingin tahu.

“Ada ke patut Along kata abang suka pada Zura,” ceritaku sambil ketawa kecil.

“Patut,” jawab Abang Zaff.

“Hah?! Abang jangan nak buat lawak petang-petang ni tau. Zura tak suka!”

“Apa salahnya dengan ramalan Along tu. Macam mana kalau betul abang suka pada Zura. Zura suka tak pada abang?”

“Zura suka abang tapi sebagai abang tau tak lebih dari tu,” jawabku tegas sebab aku memang tak pernah ada apa-apa perasaan pada Abang Zaff yang telah aku anggap sebagai abang kandungku.

“Kalau suatu hari nanti Zura suka pada abang macam mana?”

“Insya-allah tak,”

“Ok, kalau abang yang suka Zura, macam mana?”

“Ei…janganlah nak uji Zura dengan soalan-soalan cepu gangsa tu. Zura tak heran,”

“Ye ke tak heran? Heranlah…”

“Tak!” jawabku tegas.

“Betul?” soal Abang Zaff seakan tidak mempercayai kata-kataku.

“Suka hatilah nak percaya ke tak..abang tu memang…”

“Memang apa?”

“Memang tak nak mengalah, asyik nak menang je,” ucapku.

“Tau takpe,” jawab Abang Zaff sambil ketawa.

“Memang tau pun,” balasku pula.

“Okeylah, abang stop dululah. Tak nak kacau orang busy kemas barang, nanti ada pulak barang yang tertinggal,”

“Tertinggal takpe, Along boleh hantar,”

“Okeylah. Take care, apa-apa hal call abang,”

“Okey. Thanks, bye bye” ucapku mengakhiri perbualan dengan Abang Zaff.

No comments: