Tuesday, February 27, 2007

= 18 =

“Kenapa kan, masa kita makan tadi Along tengok Dalila tu stare semacam je pada Zura?”

“Hah?! Stare pada Zura? Ntah, tak perasan pulak,” jawabku.

“Ye ke tak perasan atau Zura nak sorokkan sesuatu dari Along,”

“Sungguh. Bila Along perasan Kak Dalila tu stare Zura?” soalku pura-pura tak tahu sedangkan aku memang sedar pandangan tajam Kak Dalila padaku semasa makan malam tadi tapi saja aku buat-buat tak nampak dan asyik berbual dengan Abang Zaff kesayangan aku.

“Tadilah. Zura dengan Zaff bukan main rancak lagi berbual. Along perasan dari ekor mata yang Dalila tu stare Zura. Kenapa?”

“Dia jealous,”

“Jealous? But, why?”

“Sebab dia ingat Zura nak rampas Abang Zaff dari dia sedangkan Zura sikit pun takde apa-apa perasaan pada Abang Zaff melainkan Zura anggap dia macam abang Zura. Actually sejak sekolah hari tu lagi dia dah jealous macam tu,”

“Ye ke? Tapi kenapa dia pandang semacam tadi,”

“La..Along ni. Kan Zura kata dia jealous. Abang Zaff baik dengan Zura sejak MTS, lepas tu Abang Zaff yang calonkan nama Zura untuk jadi Pengawas dan kami rapat like brother and sister tapi Kak Dalila tu ala-ala bengong sikit. Ada ke itu pun dia nak jealous. Nonsense la dia tu,”

“Zaff tau buah hati dia jealous dengan Zura?”

“Tau tapi dia takleh nak buat apa sebab dia sendiri tahu yang Zura anggap dia sebagai abang,”

“Betul ke Zura anggap Zaff abang?” tanya Kak Yana sambil ketawa kecil.

“Betullah!! Kenapa? Along tak percaya? Kalau Along tak percaya suka hati Along la. Malas Zura nak layan,” jawabku geram. Akhirnya aku mendiamkan diri, malas nak bercakap dengan Kak Yana. Tambahan mood aku kurang baik sebaik saja aku mendengar Abang Zaff bagitau Kak Dalila turut serta dalam makan malam kami tadi. Bukanlah aku cemburu pada Kak Dalila tapi aku meluat dan menyampah dengan sikapnya yang cemburu tak bertempat tu. Nasib baiklah Abang Zaff tak pernah ambil port dengan cemburu Kak Dalila tu, kalau Abang Zaff ambil port, memang aku dah takde peluanglah jadi adik kesayangan dia. Hilanglah Angah aku, bisikku.

“Dah sampai. Tak nak turun ke?”

“Dah sampai?” soalku terkejut. Tak sangka begitu lama dan begitu jauh aku termenung melayan perasaan.

“Ye, dah sampai. Turun, masuk kemudian sambung lamunan yang terhenti tu kat dalam bilik,” perli Kak Yana.

“Baiklah tuan kecik. Thanks, Along,” ucapku.

“Thanks for what?”

“Thanks for company me. Kalau Along tak ikut, mati kutulah Zura nak mengadap Abang Zaff dan awek kesayangannya yang jealous nak mati tu,”

No comments: