Tuesday, February 27, 2007

= 17 =

“Betul ke kat sini?” soal Kak Yana padaku kerana sebaik saja kami sampai ke Restoran Setia Menunggu, Abang Zaff tidak kelihatan. Aku hanya mengangguk dan dalam masa yang sama mataku meliar mencari kelibat Abang Zaff. Tiba-tiba sedang aku mencari, telefon bimbitku berbunyi. Dengan pantas aku menekan butang hijau.

“Zura kat mana?”

“Kat depan Restoran Setia Menunggu la. Abang dekat mana? Tak kan tukar tempat pulak,”

“Abang kat situ la jugak. Zura masuk kemudian Zura pandang sebelah kiri. Nanti Zura akan nampak abang dan Kak Dalila,”

Saat mendengar Abang Zaff menyebut nama Kak Dalila, aku rasakan aku tidak lepas menelan air liur. Terasa seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkong.

“Erm..ok. Kita jumpa sekejap lagi,” ujarku mengakhiri perbualan.

“Zaffri kat mana?”

“Dalam sikit. Jom diaorang dah tunggu,” ujarku lalu menarik tangan Kak Yana perlahan. Nasib baik aku bawa Kak Yana kalau tidak mahu mati kutu aku jadinya mengadap muka Abang Zaff dan Kak Dalila.

“Diaorang? Zaffri dengan siapa?”

“Dengan awek kesayangannya. Kalau Along nak tau, Abang Zaff tu mana boleh berenggang dengan awek kesayangan dia tu,” jawabku sambil ketawa yang dibuat-buat.

“Oo…adalah point Along nak mengusik Zaffri nanti,”

“Itu pun Abang Zaff,”

“Apsal lambat? Puas abang tunggu,”

“Aik..kan ini Restoran Setia Menunggu so abang kenalah jadi penunggu yang setia. Hai Kak Dalila. Apa khabar?”

“Baik, Zura macam mana?”

“Zura sihat je. Kenalkan ini kakak Zura, Aimy Diyana. Kak Yana, ini Kak Dalila,” ujarku menjawab soalan Kak Dalila sekaligus memperkenalkan dia dan Kak Yana.

“Abang tak nak kenalkan ke?”

“Amboi…takkan asyik sangat berkepit dengan awek sampai Along pun kau dah tak kenal, Zaff,” perli Kak Yana sebelum sempat aku menjawab soalan Abang Zaff. Aku hanya tersenyum.

“Mana pulak tak kenal. Kenal tapi saja nak usik Zura. Okey, silakan order, nak makan apa?”

“Abang yang nak belanja Zura so Zura ikut je apa yang abang pilih,”

“Okey tapi kalau nak tambah apa-apa bagitau,”

No comments: