Friday, February 2, 2007

= 14 =

“Hai..lama tak nampak adik abang ni,”

Aku menoleh dan hanya melemparkan senyuman kepada yang menegur.

“Adalah, nak ke mana lagi. Abang tu yang hilang. Tak tau hilang gi study atau gi dating,”

“Amboi…lasernya ayat. Abang pergi study la, exam dah dekat. Erm…Zura tak nak wish good luck kat abang ke? Isnin ni abang dah mula STPM,”

“Sorry, lupalah. So, good luck. Zura tau abang mesti boleh jawab punya tambahan cik adik ada sama kan,” kataku sambil tersenyum dan aku tau Abang Zaff faham maksud senyuman aku tu.

“TQ. Doakan abang tau. Ni, datang kantin dengan sapa ni?”

“Datang dengan Sue dan Intan. Tu, diaorang kat kaunter,” ujarku sambil menunjuk ke arah kaunter. Abang Zaff hanya mengangguk.

“Abang sorang je ke?” giliranku pula bertanya.

“Sekarang ni soranglah tapi abang tengah tunggu Kak Dalila. Dia tengah hantar buku kat PS,”

Aku rasa air muka aku macam berubah riak bila mendengar nama Kak Dalila. Bukan apa sejak peristiwa dulu, aku jadi macam fobia dengan nama dia.

“Kak Dalila? Zura rasa baik abang pergi duduk kat tempat lain, nanti dia jeles lagi. Jadi kes lagi, tak nak la,” ujarku sambil meolak Abang Zaff agar bangun dari kerusi yang didudukinya.

“Halau abang ek?”

“Bukan halau tapi untuk keselamatan, kesejahteraan dan keamanan bersama. Please, bang,” ujarku sedikit merayu sambil mataku liar memerhatikan tangga yang berdekatan.

“Okeylah, abang bangun. Nanti apa-apa hal bagitau abang. Erm, Jumaat nanti siapa datang ambil?”

“Tak tau lagi. Nanti Zura bagitau abang,” janjiku pada Abang Zaff.

Tidak lama kemudian, selepas Abang Zaff berlalu dari mejaku, kelihatan Kak Dalila dan seorang rakannya turun dari PS. Aku mengurut dada kelegaan. Nasib baik aku bertindak cepat, kalau tak…aku menggelengkan kepala. Tak nak membayangkan apa yang terjadi. Kadang-kala aku pelik dengan Abang Zaff, macam mana dia boleh tahan dengan perangai cemburu Kak Dalila tu.

“Woit! Apsal geleng kepala sorang-sorang?” sergah Suhana.

“Hah?! Aku geleng kepala ke?” soalku pada Suhana dan Intan yang baru muncul di depanku. Serentak Intan Suhana menganggukkan kepala.

“Takde apalah, aku cuba terkenangkan sikap cemburu Kak Dalila dan aku pelik macam mana abang kesayangan aku tu boleh tahan,”

“Aku pun pelik. Tapi kan, nasib Abang Zaff dah tak duduk kat sini masa Kak Dalila turun tadi. Kalau tak…”

“Kalau tak apa?” soalku pada Intan yang tidak menghabiskan kata-katanya.

“Kalau tidak, mungkin perang meletus,” jawab Intan ketawa kecil. Aku dan Suhana turut ketawa.

“Sebenarnya Kak Dalila tu buang masa je cemburukan aku dan Abang Zaff. Aku bukannya ada apa-apa dengan Abang Zaff tu, antara adik dan abang je. Dia yang over,” bisikku perlahan. Walaupun tempat duduk aku agak jauh dari tempat Abang Zaff dan Kak Dalila tapi aku takut, manalah tau kalau-kalau suara aku terkuat tiba-tiba.

“Memang pun. Eh, nasi lemak kau dah habis ke? Nak sikit,” pinta Suhana sambil mengambil sedikit nasi lemakku.

“Aku nak rasa laksa sikit,” ujarku pula. Macam selalu, kalau ke kantin, kami akan memilih makanan yang berlainan kemudian berkongsi untuk merasa seorang sedikit.

No comments: