Friday, January 26, 2007

= 13 =

Begitu pantas masa berlalu. Sedar tak sedar penghujung tahun akan tiba tak lama lama, dalam masa beberapa minggu lagi, tak sampai sebulan. Senior aku yang nak ambil SPM dan STPM pun sedang bertungkus-lumus study sebab exeam just round the corner. Abang Zaff pun tengah struggle agaknya sebab dia pun nak ambil STPM juga tapi dia tu tak payah study teruk-teruk pun dah boleh score. Dia pernah jadi pelajar terbaik masa SRP seterusnya masuk ke sini dan menjadi pelajar terbaik SPM pula. Aku dan Abang Zaff dah berbaik semula. Aku senyum sendiri.

“Tu dah sah la tengah berangan. Buku terbuka tapi senyum sorang-sorang. Kita rasa awak bukannya baca majalah Ujang nak tersenyum sorang-sorang,” teguran Intan mengejutkan aku.

“Bukan beranganlah tapi aku tengah teringatkan sesuatu yang agak manis untuk dikenang. Aku bukannya ada pakwe macam kau untuk diangankan,” jawabku mengenakan Intan selamba. Pantas Intan mencapai bantal kecil miliknya dan membaling ke arahku. Aku dengan cepat mengelak walaupun aku tahu kalau kena sekalipun bukannya sakit.

“Ye lah tu. Macam kita tak tahu yang awak tu tengah berangan,”
“Entah, turun telefon agaknya,”

“Takdelah, just teringatkan satu peristiwa yang lucu tu pasal senyum,”

“Share lah dengan kita, kita pun nak senyum gak,”

“Tak payah, takde kena-mengena dengan kau,”

“Oo…berlagak ye. Takpe…eh, Su mana?”

“Entah, pergi telefon kot. Balik sekolah tadi dia nak telefon tapi ramai sangat yang beratur,”

“Telefon? Eh, kita pun nak turun telefon jugaklah. Jom, temankan kita, nak?”

“Wei…telefon tu kat bawah pondok tu je, apsal pulak nak berteman?”

“Jom lah. Mana tau kalau phone tu tak boleh pakai. Su ni pun satulah, ajaklah kita gi telefon sama,” rungut Intan. Kemudian dia bangun menukar pakaian yang sesuai. Aku masih duduk mengadap buku.

“Zura, cepatlah!”

“Cepat apa?”

“Siap, temankan kita. 5 saat untuk awak siap,” arah Intan.

“Banyak kau punya 5 saat. Dah la paksa orang ikut lepas tu bagi 5 saat je. Banyak cantik,” ujarku pura-pura marah.

Semasa hendak turun ke pondok, kami berselisih dengan Suhana di tangga.

“Pergi telefon tak ajak kita,” tegur Intan.

“Bukan pergi telefon lah. Aku pergi angkat kain. Nak pergi telefon ek?”

“A’ah. Nak ikut ke?”

“Boleh juga, sekejap aku hantar kain ke dorm,” jawab Suhana lalu berlari menaiki tangga ke dorm. Aku dan Intan menunggu di kerusi batu di hadapan bilik warden. Tidak lama kemudian, Suhana muncul di depan kami.

“Kau ni betul ke nak pergi telefon, Intan?” tanya Suhana.

“Betullah. Nak suruh mak kita datang esok atau lusa. Nanti minggu lagi sekali kita nak exam kan,”

“Ooo..ingat nak gi jumpa ehem…ehem…”

“Ish…mana adalah. Kita bukan nak jumpa dia,” jawab Intan. Aku hanya memandang gelagat dua temanku itu. Malas nak menyampuk sebab kalau aku menyampuk nanti silap haribulan aku terkena.

“Zura, kau dah wish kat Abang Zaff?”

“Wish apa?” soalku memandang Suhana.

“La…wish good luck. Kan abang kau tu nak exam,”

“Kena wish ke?” soalku sambil ketawa kecil. Suhana hanya menjegilkan mata.

“Wish la. Kan abang kau tu,” marah Suhana.

“Nantilah. Bukannya dia nak exam esok, ada lagi 2 minggu nak exam. Nanti kalau aku ingat aku wish la,”

“Teruknya kau. Malangnya Abang Zaff dapat adik macam kau,”

Aku hanya ketawa mendengar omelan Suhana. Sebenarnya kalau dia tak ingatkan pun aku tetap akan ucapkan selamat berjaya untuk abang aku yang seorang tu.

“Lajunya cik kak tu. Wei, tak larinya telefon tu,” ujarku apabila melihat Intan yang melangkah laju menuju ke pondok telefon.

“Telefon memang tak lari tapi takut ramai orang lah,” balas Intan.

“Anak manja seorang ni. Lagi 2 minggu nak balik pun nak tepon lagi. Memang anak manja,” ejek Suhana. Tak dinafikan Intan memang anak manja, dia anak bongsu dan mungkin sebab tu dia begitu manja dengan keluarganya.

No comments: