Sunday, January 14, 2007

= 10 =

Seminggu berlalu dan aku masih melancarkan perang dingin dengan Abang Zaff. Setiap kali terserempak dengan dia, aku akan buat seolah-olah aku dengan dia tak rapat. Padan muka, sakitkan hati aku lagi, desisku.

“Aizura!” panggilan Cikgu Ramlah mematikan langkahku.

“Ada apa, cikgu?”

“Tolong lekatkan notis ni di papan kenyataan kat depan sana tu,” ujar Cikgu Ramlah sambil menghulurkan sekeping kertas bersaiz A4.

“Notis apa, cikgu?”

“Pemberitahuan untuk mesyuarat pengawas malam nanti,”

“Okey, sekejap lagi saya lekatkan,”

“Terima kasih, Aizura,”

“Sama-sama,” Aku berjalan ke arah papan kenyataan yang dimaksudkan oleh Cikgu Ramlah tadi. Alamak, kenapa la time-time gini ada meeting pulak. Aku dah la malas nak tengok muka Abang Zaff, rungutku. Aku meneliti maklumat di tangan sebelum dilekatkan.

Mesyuarat Pengawas Sekolah Kali ke-5
Tempat : Bilik Gerakan Pengawas
Masa : 9 malam

Ish..susah hati betul, rungutku lagi.

“Buat apa tu?”

Hampir terlepas kertas di tangan apabila disergah begitu. Aku menoleh ke arah tuan punya suara yang tiba-tiba menyapaku itu.

“Bagi salam la dulu apa-apa hal pun. Nasib la aku ni takde lemah jantung, kalau ada selamat jalanlah jawabnya,” ujarku memandang Intan.

“Ampun cik puan besar. Lain kali kita tak buat macam tu lagi. Apa tu?”

“Maklumat untuk pengawas, ada meeting malam ni. Malasnya nak pergi,”

“Kenapa pulak?”

“Malaslah, kau kan tau aku tengah lancarkan perang dingin dengan Abang Zaff so kalau dah malam ni meeting, aku kena juga mengadap muka dia,” jawabku lemah.

“Aku ada idea,” beritahu Intan sambil tersenyum.

“Idea apa?”

“Kau tamatkanlah perang dingin tu malam ni,”

“Sorry banyak, malam ni makwe dia pun ada. Tak kuasa aku nak tamatkan perang dingin ni. Biar dia tau yang aku betul-betul terasa dengan kata-kata dia hari tu. Kalau orang lain yang salah sangka, yang buat gossip aku baik dengan Abang Zaff sebab aku minat dan nak jadikan dia boyfriend aku, aku boleh terima tapi bila dia sendiri yang aku anggap abang untuk tempat aku mengadu masalah aku pun anggap aku minat kat dia, aku tak boleh terima. Aku sedih,”

“Kau ni…eh, itu Abang Zaff dengan Abang Aidy,” tunjuk Intan ke satu arah.

“Alamak, dia on the way ke sini kan? Aku kena lari ni,” ucapku lalu segera melekatkan kertas yang aku pegang sejak dari tadi.

“Nak pergi mana?”

“Balik kelaslah mana lagi. Jom,” ujarku menarik tangan Intan supaya mengikutku. Disebabkan tak nak bertembung dengan Abang Zaff yang sedang menuju ke arah aku dan Intan, kami terpaksa naik tangga yang agak jauh dari kelas.

Sementara itu…

“Adik kau tu” soal Aidy pada Zaffri.

“A’ah dengan salah seorang dari best-friend dia,” jawab Zaffri.

“Kenapa macam nak lari dari kau je,” soal Aidy pelik sebab setahu dia, kawan baiknya cukup rapat dengan adiknya yang seorang tu tapi tadi dia nampak Aizura seoleh-olah ingin lari dari Zaffri.

“Merajuk dengan aku, dia tengah melancarkan perang dingin dengan aku,”

“Merajuk? Perang dingin?”

“Yup,”

“Kenapa? Apa kau buat sampai dia merajuk dan melancarkan perang?” soal Aidy sambil ketawa kecil. Terasa lucu pulak.

“Last week, dia mengadu pada aku yang Dalila and the gangs selalu jeling-jeling dia. Dia kata dia ada dengar yang kawan-kawan Dalila tu macam menuduh dia nak rampas aku dari Dalila,”

“Dalila tu memang suka jealous tak bertempat. Aku pun pelik macam mana kau dengan dia boleh jadi couple. Eh, sambung balik cerita kau tadi,”

“Zura kata dia anggap aku macam abang kandung dia so for what dia nak rampas aku dari Dalila pulak. Aku pun sajalah nak mengusik dia, aku kata pada dia, Zura memang ada hati dengan abang kan, tu pasal Zura baik-baik dengan abang. Dia terus merajuk sampailah sekarang ni,”

“Ya Allah, kau kata macam tu pada dia?” soal Aidy tak percaya mendengar apa yang terluah dari mulut Zaffri.

“Aku nak mengusik je,”

“Mengusik pun biarlah kena. Kalau aku jadi Zura pun aku akan buat macam yang dia buat sekarang. Aku tengok Zura tu tak pernahlah tergedik-gedik macam budak perempuan lain bila nampak kau, sopan je. Sesuai jadi adik dan juga awek. Memang tak patut kau kata macam tu pada dia. Habis, kau tak pujuk dia ke?”

“Aku dah cuba pujuk. Aku nak jumpa dia tak nak, aku bagi surat minta maaf tapi still macam tu. No idea nak buat apa lagi. Keras hati dia tu,”

“Padanlah muka kau. Lain kali nak cakap mengusik biar bertempat,” beritahu Aidy dan Zaffri hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. dalam hatinya, dia mengakui yang dia keterlaluan ketika mengusik Aizura seminggu lepas.

No comments: