Monday, January 1, 2007

= 1 =

Aku masih setia mendengar celoteh Adi. Sejak aku masuk tadi hinggalah sekarang, Adi masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti bercakap.

“Adi, aku bagi kau 5 minit je lagi untuk kau habiskan ayat yang terakhir,” ujarku.

“Ala…cerita aku panjang lagi ni. Rugilah kalau aku stop kat sini je,” rungut Adi.

“Aku banyak kerjalah. Ni laporan system yang Fakrul nak tu aku belum semak lagi. Nanti tak pasal-pasal aku kena sound dia boss. Kau lainlah, boss tu ‘buah hati’ kau…hantar lewat pun sure tak kena sound punya,”

“Banyaklah kau punya buah hati. Kalau sungguh la boss tu buah hati aku, senang banyak aku jadinya. Tak payah datang kerja,”

“Okeylah, nanti kita sambung lah cerita terkini kau tu. Waktu lunch nanti ke,” ujarku memberikan cadangan. Bukannya aku tak berminat dengan cerita Adi tu, tapi ada kerja yang perlu aku bereskan.

“Lunch pun lunch la. Janji aku dapat kongsi cerita ni dengan kau. Mana tau masa aku cerita tu, lelaki ni muncul dapatlah aku tunjuk pada kau,”

“Ye lah. Jumpa nanti,”

Aku segera membuka laptop sebaik saja Adiyanti keluar dari bilikku. Kalau tak diberhentikan, mahu sampai balik pun ceritanya tak habis, bisikku sambil tersenyum mengenangkan Adiyanti. Aku meneliti dan membaca satu persatu ayat yang telah ditaip semalam, mahu memastikan bahawa tiada sebarang kesilapan ejaan dalam laporan yang disiapkan itu.

“Cik Aizura, boss nak jumpa sekarang,”

“Okey, thanks Mila. Sekejap lagi saya pergi,” jawabku. Setelah selesai, membaca, aku menekan butang print, mahu mencetak dokumen yang telah siap disemak itu. Setelah semuanya siap, aku bangun menuju ke bilik Fakhrul.

“Masuk,”

Aku melangkah masuk setelah mendengar suara Fakhrul memberi arahan tersebut Wwalaupun sebenarnya dia salah seorang temanku, tetapi aku harus menghormatinya sebagai ketua apabila bekerja.

“Sila duduk, Zura. Macam mana dengan laporan yang saya nak semalam?”

“Ini dia. System yang kita buat tu tak ada masalah, semuanya berjalan lancar,” jelasku walaupun tidak diminta berbuat demikian.

“Bagus, saya tahu awak boleh menjalankan tugas tu dengan baik. Oh, ya! Lepas lunch nanti, dalam pukul 2.30, saya nak kenalkan awak dengan seorang lagi system analisis. Dia ni baru balik dari US dan saya berharap sangat yang awak dan dia dapat bekerjasama dalam menjalankan tugas,”

“Baru balik dari US? Baru graduate ke?” soalku ingin tahu.

“Ye, baru balik dari US tapi bukan baru graduate. Dia dah lama graduate, bekerja di sana mencari pengalaman dan sekarang baru balik ke sini,” jelas Fakhrul.

“Kenapa dia tak terus tinggal di sana? Kenapa balik ke sini?” soalku lagi. Entah kenapa aku jadi ‘penyibuk’ sekejap. Perasaan ingin tahu tentang rakan setugas yang baru membuatkan aku kelihatan seperti seorang yang ‘busy-body’ sedangkan sebenarnya aku bukanlah seorang yang ‘busy-body’.

“Amboi….berbisa soalan awak tu, tak dapat saya nak jawab. Nanti bila saya kenalkan awak dengan dia, awak tanyalah apa yang awak nak,”

“Erm…bukan nak busy-body. Just wanna know my new clique,” jawabku sambil tersenyum. Tu la, eager sangat nak tau kan dah kena sound, desis hati kecilku.

“Kalau busy-body pun tak apa, janji kerja kena buat lah,”

“Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dulu,” ujarku meminta diri.

“Okey, I will get through this report. Kalau ada apa-apa saya akan panggil awak,” jawab Fakhrul. Mendengar saja jawapan tersebut dari mulut Fakhrul, aku bangun dan meninggalkan bilik tersebut. Jam ditangan kujeling. 11.30 dah, bisik hatiku. Aku mempercepatkan langkah. Ada satu lagi kerja yang perlu disiapkan sebelum keluar makan tengahari bersama Adi.

“Jom, dah pukul 12.30 dah,”

“Kau ni, masuk tanpa salam. Nasib baik aku tak pengsan sebab terkejut,” ujarku sambil mengurut dada. Terkejut mendengar suara Adiyanti yang datang tanpa salam itu.

“Sorry ye, aku dah ketuk dah pintu tu, dah bagi salam dah. Kau yang kusyuk sangat mengadap kerja tu, kau salahkan aku masuk tak ketuk pintu dan tak bagi salam. Memang nak kena lah tu,”

“Kena apa?” soalku sambil tersengih.

“Kena belanja aku lunch,” jawab Adiyanti sambil ketawa kecil. Aku hanya menggelengkan kepala melihat telatah Adiyanti.

“Jomlah cepat. Aku dah lapar dan tak sabar nak sambung cerita aku pagi tadi,”

“Ye lah. Tak sabar-sabar,”

Aku bangun dan mengikut Adiyanti yang telah pun melangkah keluar dari bilikku. Kami berjalan beriringan menuju ke cafeteria. Macam biasa, kami beratur memilih lauk mengikut selera masing-masing dan kemudiannya duduk di tepi tingkap yang mengadap kolam air pancut buatan manusia.

“Aku rasa kalau kau tengok lelaki tu mesti kau terpikat punyalah,”

“Pandai-pandai je kata aku terpikat. Aku tengok pun belum. Lainlah kau tu, dah jumpa pagi tadi. Kau tak terpikat ke?”

“Aku? Wajiblah aku terpikat tapi kan…kalau aku terpikat pun takde maknanya sebab aku kan dah bertunang. Mana aku nak letak tunang aku tu Cik Zura oiiii…”

“Nasib baik kau sedar yang kau tu dah bertunang. Kalau kau tak sedar, aku boleh sedarkan. Senang je, report kat Hazrul,” ujarku sambil ketawa kecil.

“Banyaklah kau punya report. Mentang-mentanglah tunang aku tu selalu soal-siasat tentang aku dari kau, kau nak kenakan aku ek….”

“Takde lah. Aku main-main je. Kau kan best-friend aku, takkan aku nak aniaya kawan baik aku kot… Eh, lelaki tu kerja kat bangunan ni ke?”

“Ntah, aku tak pasti. Mungkin ya mungkin tidak. Tak sempat nak tanya tapi kalau jumpa lagi aku nak tanya. Mana tau kot aku boleh ‘kenen’kan kau dengan dia,”

“Amboi…sukanya dia nak padankan aku dengan lelaki yang ntah sapa-sapa tu,”

“Aku rasa bukan ntah sapa-sapa. Dia ni mesti sapa-sapa sebab aku tengok dressing smart je,”

“Adi, sekarang ni kita tak boleh nak judge orang berdasarkan dressing tu. Ada juga yang dressing smart tapi penyangak dan yang dressing selekeh tu sebenarnya baik hati. Susah nak percaya zaman sekarang ni,”

“Tapi aku yakin lelaki tu somebody lah..maksud aku mungkin dia ni kategori yang baik-baik bukannya penyangak,”

“Eh, kau tau tak company kita ada SA baru,”

“SA baru? Tak tau pun, selalunya kalau ada mesti Kak Sal kat HR tu bagitau kita kan, especially kalau pekerja baru tu lelaki,”

“Agaknya kan, SA tu perempuan kot. Tu yang dia tak bagitau kita tu,” tekaku.

“Mungkin juga. Kau dah sudah ke?”

“Aku dah sudah. Kalau dah sudah, jom naik. Kejap lagi around 2.30, boss nak kenalkan aku dengan SA baru tu,”

“Kenalkan kau aje ke? Aku tak nak?” soal Adiyanti pelik.

“Ntah, mana aku tau. Mungkin sebab dia tu SA dan aku pun SA so boss introduce kitaorang dulu then baru introduce pada staff lain,”

“Yeah..maybe. Jom,”

No comments: