Tuesday, January 2, 2007

= 5 =

“Jangan nakal-nakal tau. Dengar cakap cikgu, seniors. Kalau ada apa-apa hal bagitau cikgu atau call rumah,”

“Baik umi. Zura tak akan nakal-nakal macam kat rumah tu. Zura akan dengar dan ikut cakap cikgu, kakak-kakak senior. Umi jangan risaulah,” ujarku pada umi.

“Seminggu sekali call rumah ye,” pesan umi lagi. Aku hanya menganggukkan kepala. Macam-macam yang dipesan dek umi, aku tengok abah dan Kak Yana relaks je.

“Sudahlah tu, pandailah Zura jaga diri dia. Kalau risau sangat kita bawa balik Zura ke rumah,” Aku memandang ke arah abah yang tiba-tiba saja bersuara.

“Mana boleh. Zura nak sekolah kat sinilah, abah,” kataku pada abah.

“Abah tau, saja abah nak usik umi kamu. Risau nak tinggalkan kamu dekat sini,”

“Ala, umi. Zura tu bukannya darjah 1 tapi tingkatan 4 dah. Pandailah dia jaga diri dia. Umi tu risau yang bukan-bukan,” ujar Kak Yana pula.

“Umi bukan apa, kamu berdua mana pernah berpisah dengan umi dan abah. Tiba-tiba Zura nak tinggal dekat hostel, umi risau la juga,” ujar umi meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

“Umi jangan risau, okey. Pandailah Zura sesuaikan diri Zura kat sini. Nanti setiap minggu Zura call rumah cakap dengan umi. Boleh umi?” ujarku memujuk umi. Aku tau umi berat nak lepaskan aku tinggal di asrama tapi terpaksa mengalah apabila aku mendesak. Aku mahu merasa pengalaman tinggal di asrama. Puas sudah rasanya tinggal di rumah.

“Okeylah, kami balik dulu. Nanti lagi 2/3 minggu, kami datang lawat Zura kat sini. Kalau duit dah habis call rumah tak pun call Kak Yana kamu. Nanti abah bank-in duit atau datang sini,”

“Okey,” jawabku pendek. Setelah bersalaman dengan umi, abah dan Kak Yana, aku melangkah meninggalkan perkarangan masjid dan naik ke asrama. Macam-macam perasaan yang aku rasa sekarang. Ada rasa sedih, rasa gembira, rasa takut pun ada. Macam manalah pelajar dan cikgu kat sini, harap-harap semuanya baik-baik belaka, bisik hatiku mengharap.

“Mak ayah awak dah balik?” tanya Intan sebaik saja aku tiba di dorm. Aku memandangnya dan tersenyum.

“A’ah. Baru je. Rasa sedih la pulak,”

“Samalah. Kita pun rasa sedih juga. Ini first time kita duduk jauh dari family kita,” ujar Intan. Nampaknya bukan aku seorang yang sedih, bisik hatiku.

“Saya pun first time juga tapi saya rasa seronok pun ada sebab kat sini mesti dapat kawan baru dan pengalaman baru. Awak dah habis kemas locker?”

“Sudah, kita ambil locker yang kat tepi tingkap tu. Sebelah locker tu takde orang lagi, kalau awak nak ambil yang tu pun okey,”

“Tak kisahlah yang mana pun. Janji ada locker untuk simpan barang-barang. Awak katil atas ek?” soalku memandang Intan yang bersimpuh di atas lantai.

“A’ah atas. Awak duduk katil bawah kita nak? Senang kita nak lepak katil awak,”

Amboi..pandai je nak lepak katil aku, tapi takpelah tak kisah, bisikku.

“Boleh juga. kita berdua je kan kat bilik ni, mana yang lain?” soalku.

“Kita rasa ramai yang kat dewan atau kat kantin. Mungkin petang nanti baru penuh,”

“Mungkin juga. Awak orang mana, Intan?”

“Kita orang Kedah. Pernah sampai sana?”

“Saya pernah sampai Alor Star. Ayah saya ada ramai kawan kat sana. Awak Kedah kat area mana?”

“Kita dekat Sungai Petani. Awak dari mana?”

“Saya dari Ipoh,”

“Awak nak kemas barang ke? Kita tolong ye, kita pun takde buat apa-apa,” ujar Intan menghulurkan bantuan.

“Tak payahlah, awak rehat je. Barang saya tak banyak pun,” ujarku menolak. Tak wajar rasanya ingin meminta bantuan Intan kerana dia pun tentu penat tambahan dia dating dari jauh pulak tu.

“Malam ni semua kena pergi dewan kan? Kita takutlah,”

“Takut? Awak takut apa?” soalku pelik.

“Takut la. Takut kena buli dengan abang-abang dan kakak-kakak. Kita selalu dengar cerita kalau baru-baru masuk asrama mesti kena buli dengan abang-abang atau kakak-kakak,” cerita Intan bersungguh-sungguh. Aku tersenyum.

“Iya ke? Tapi sepupu saya dulu masuk asrama tak kena buli pun. Awak ni dengar cerita tak betul kot,”

“Betul, saya dengar kawan-kawan saya cerita. Diaorang ada abang dan kakak yang duduk kat asrama,”

“Erm…ntahlah, tak tau nak kata apa. Kita tunggu ajelah malam nanti,”

No comments: