Monday, January 1, 2007

= 2 =

“Staff baru tu dah sampai ke, Mila?” soalku sebaik saja tiba di depan meja setiausaha Fakhrul.

“Baru tak baru lah tapi adalah dalam 5 minit. Akak masuklah, boss dah tunggu akak tu,”

“Okey, thanks,”

Aku membuka pintu bilik Fakhrul setelah mendengar arahan dari Fakhrul dan sesungguhnya aku terkejut melihat susuk tubuh yang sedang membelakangkanku itu. Sangkaku teman sekerjaku yang baru seorang perempuan tetapi lelaki rupanya.

“Come, Zura. Saya kenalkan awak dengan rakan setugas awak ni,”

Aku melangkah dengan penuh hati-hati. Entah mengapa hatiku terasa amat berdebar, macam ada sesuatu yang tak disangka akan berlaku padaku sebentar lagi. Bertenang Zura, bisik hatiku. Aku melemparkan senyuman kepada Fakhrul yang sedang memandang ke arahku.

“Kenalkan, ini Aimy Aizura. System analyst syarikat ini. Dan ini Hariz Zaffri,” ujar Fakhrul memperkenalkanku dan lelaki tersebut. Macam pernah dengar je nama tu, bisik hatiku dan aku rasa seperti mahu pitam sebaik saja lelaki yang disebutkan nama itu bangun dan menoleh ke arahku. Abang Zaff, bisik hatiku.

“Hai, selamat berkenalan,” ucap Hariz Zaffri sambil menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan.

“Hai,” jawabku sambil menyambut tangan yang dihulurkan. Aku dapat merasakan bahawa tangan dan tubuhku sedikit menggigil.

“Duduk, Zura, Hariz,” ujar Fakhrul memecahkan kesunyian yang tiba-tiba melanda biliknya. Aku hanya menurut.

“Saya bangga dapat berkenalan dan menjadi rakan setugas Cik Aimy. Saya selalu dengar Fakhrul cerita tentang Cik Aimy,”

Aku menjeling Fakhrul, apa juga yang lelaki ni ceritakan aku pun tak tahu, harap-harap semua cerita yang baik-baik belaka.

“Saya pun bangga dapat bertemu Encik Hariz. Saya rasa Encik Hariz mesti lebih banyak pengalaman dari saya, maklumlah pernah kerja di US kan,”

“Erm…takde la banyak mana tapi boleh lah untuk dikongsikan. Betul tak, Rul?”

“Ya, betul tu. Aku harap kau dan Zura dapat bekerjasama. Zura ni antara SA syarikat yang terbaik,”

“Dengarlah cakap Fakhrul tu, bukannya betul pun,” jawabku menafikan kata-kata Fakhrul.

Setelah hampir satu jam kami berbual dan bertukar-tukar cerita, aku meminta diri untuk kembali ke bilik.

“Okey, saya pun nak kenalkan Hariz dengan staf yang lain,”

“Okey, jumpa lagi nanti. Nice meeting u,” Ujarku sekadar berbahasa.

“Me too. See u soon,” jawab Hariz Zaffri.

Tidak berapa minit kemudian, aku tiba dibilik. Dengan segera aku menyiapkan kerja-kerja yang ditinggalkan sebelum keluar makan tengahari tadi. Sedang aku kusyuk menyiapkan kerja, telefon bimbitku mengalunkan lagu Hips Don’t Lie. Siapa pulak yang hantar sms ni, desis hatiku. Dalam masa yang sama, jari-jemariku pantas mencapai telefon bimbit di meja sebelah.

Guess what??!! Aku jumpa lelaki pagi tadi!!

Sms dari Adi rupanya. Segera aku membalas sms tersebut.

Jumpa kat mana? Mcm mana leh jumpa?

Tidak lama kemudian balasan diterima.

Kat sini, nanti aku bgtau. Kena siapkan akaun dulu…

Adi, Adi..sempat lagi buat kerja mengorat sambil siapkan akaun, ujarku sambil menggelengkan kepala dan tersenyum mengenangkan sikap teman baik yang seorang itu. Tiba-tiba aku teringatkan lelaki yang ditemui tadi. Kenapa tiba-tiba dia muncul kat depan mata aku, soalku perlahan. Aku termenung sejenak. Buntu!! Tak ada jawapan untuk persoalan tadi. Harap-harap dia tak perasankan aku siapa, doaku.

No comments: