Tuesday, February 27, 2007

= 18 =

“Kenapa kan, masa kita makan tadi Along tengok Dalila tu stare semacam je pada Zura?”

“Hah?! Stare pada Zura? Ntah, tak perasan pulak,” jawabku.

“Ye ke tak perasan atau Zura nak sorokkan sesuatu dari Along,”

“Sungguh. Bila Along perasan Kak Dalila tu stare Zura?” soalku pura-pura tak tahu sedangkan aku memang sedar pandangan tajam Kak Dalila padaku semasa makan malam tadi tapi saja aku buat-buat tak nampak dan asyik berbual dengan Abang Zaff kesayangan aku.

“Tadilah. Zura dengan Zaff bukan main rancak lagi berbual. Along perasan dari ekor mata yang Dalila tu stare Zura. Kenapa?”

“Dia jealous,”

“Jealous? But, why?”

“Sebab dia ingat Zura nak rampas Abang Zaff dari dia sedangkan Zura sikit pun takde apa-apa perasaan pada Abang Zaff melainkan Zura anggap dia macam abang Zura. Actually sejak sekolah hari tu lagi dia dah jealous macam tu,”

“Ye ke? Tapi kenapa dia pandang semacam tadi,”

“La..Along ni. Kan Zura kata dia jealous. Abang Zaff baik dengan Zura sejak MTS, lepas tu Abang Zaff yang calonkan nama Zura untuk jadi Pengawas dan kami rapat like brother and sister tapi Kak Dalila tu ala-ala bengong sikit. Ada ke itu pun dia nak jealous. Nonsense la dia tu,”

“Zaff tau buah hati dia jealous dengan Zura?”

“Tau tapi dia takleh nak buat apa sebab dia sendiri tahu yang Zura anggap dia sebagai abang,”

“Betul ke Zura anggap Zaff abang?” tanya Kak Yana sambil ketawa kecil.

“Betullah!! Kenapa? Along tak percaya? Kalau Along tak percaya suka hati Along la. Malas Zura nak layan,” jawabku geram. Akhirnya aku mendiamkan diri, malas nak bercakap dengan Kak Yana. Tambahan mood aku kurang baik sebaik saja aku mendengar Abang Zaff bagitau Kak Dalila turut serta dalam makan malam kami tadi. Bukanlah aku cemburu pada Kak Dalila tapi aku meluat dan menyampah dengan sikapnya yang cemburu tak bertempat tu. Nasib baiklah Abang Zaff tak pernah ambil port dengan cemburu Kak Dalila tu, kalau Abang Zaff ambil port, memang aku dah takde peluanglah jadi adik kesayangan dia. Hilanglah Angah aku, bisikku.

“Dah sampai. Tak nak turun ke?”

“Dah sampai?” soalku terkejut. Tak sangka begitu lama dan begitu jauh aku termenung melayan perasaan.

“Ye, dah sampai. Turun, masuk kemudian sambung lamunan yang terhenti tu kat dalam bilik,” perli Kak Yana.

“Baiklah tuan kecik. Thanks, Along,” ucapku.

“Thanks for what?”

“Thanks for company me. Kalau Along tak ikut, mati kutulah Zura nak mengadap Abang Zaff dan awek kesayangannya yang jealous nak mati tu,”

= 17 =

“Betul ke kat sini?” soal Kak Yana padaku kerana sebaik saja kami sampai ke Restoran Setia Menunggu, Abang Zaff tidak kelihatan. Aku hanya mengangguk dan dalam masa yang sama mataku meliar mencari kelibat Abang Zaff. Tiba-tiba sedang aku mencari, telefon bimbitku berbunyi. Dengan pantas aku menekan butang hijau.

“Zura kat mana?”

“Kat depan Restoran Setia Menunggu la. Abang dekat mana? Tak kan tukar tempat pulak,”

“Abang kat situ la jugak. Zura masuk kemudian Zura pandang sebelah kiri. Nanti Zura akan nampak abang dan Kak Dalila,”

Saat mendengar Abang Zaff menyebut nama Kak Dalila, aku rasakan aku tidak lepas menelan air liur. Terasa seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkong.

“Erm..ok. Kita jumpa sekejap lagi,” ujarku mengakhiri perbualan.

“Zaffri kat mana?”

“Dalam sikit. Jom diaorang dah tunggu,” ujarku lalu menarik tangan Kak Yana perlahan. Nasib baik aku bawa Kak Yana kalau tidak mahu mati kutu aku jadinya mengadap muka Abang Zaff dan Kak Dalila.

“Diaorang? Zaffri dengan siapa?”

“Dengan awek kesayangannya. Kalau Along nak tau, Abang Zaff tu mana boleh berenggang dengan awek kesayangan dia tu,” jawabku sambil ketawa yang dibuat-buat.

“Oo…adalah point Along nak mengusik Zaffri nanti,”

“Itu pun Abang Zaff,”

“Apsal lambat? Puas abang tunggu,”

“Aik..kan ini Restoran Setia Menunggu so abang kenalah jadi penunggu yang setia. Hai Kak Dalila. Apa khabar?”

“Baik, Zura macam mana?”

“Zura sihat je. Kenalkan ini kakak Zura, Aimy Diyana. Kak Yana, ini Kak Dalila,” ujarku menjawab soalan Kak Dalila sekaligus memperkenalkan dia dan Kak Yana.

“Abang tak nak kenalkan ke?”

“Amboi…takkan asyik sangat berkepit dengan awek sampai Along pun kau dah tak kenal, Zaff,” perli Kak Yana sebelum sempat aku menjawab soalan Abang Zaff. Aku hanya tersenyum.

“Mana pulak tak kenal. Kenal tapi saja nak usik Zura. Okey, silakan order, nak makan apa?”

“Abang yang nak belanja Zura so Zura ikut je apa yang abang pilih,”

“Okey tapi kalau nak tambah apa-apa bagitau,”

= 16 =

“Zura, ada call,” jerit Kak Yana. Aku yang sedang membaca majalah tersentak. Siapa pulak yang call, takkan Umairah, tadi baru je bersms dengan dia.

“Siapa?” soalku pada Kak Yana sebaik saja aku tiba di kaki tangga. Kak Yana hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Hello, siapa ni?”

“Tak kenal ke?” soal sipemanggil. Aku mengerutkan dahi, siapa pulak lelaki ni.

“Siapa ni? Saya takde masa nak main-main tau,” marahku.

“Amboi…garangnya adik abang. Takutnya,”

“Abang Zaff!! Eii…apsal tak kenalkan diri awal-awal. Tak pasal-pasal kena marah,”

“Saja nak usik adik abang ni. Tak sangka ya, Zura garang betul,” ujar Abang Zaff sambil ketawa.

“Memang garang sebab ada orang main-main. Cuba cakap awal-awal tadi siapa, takde lah kena marah,” ujarku ketawa. Padan muka Abang Zaff, mainkan aku lagi, bisikku dalam hati.

“Tengah buat apa tu? Busy ke?”

“Mana ada busy, tengah baca majalah je. Kenapa? Nak belanja Zura ke?” soalku sambil tersenyum. Hish, mana Abang Zaff nampak aku senyum, bisik hatiku.

“Kalau Zura free memanglah abang nak ajak Zura keluar. Nak belanja Zura lunch. Boleh ke?”

“Betul ke ni? Atau main-main je?” soalku inginkan kepastian.

“La..betullah. Buat apa pulak abang nak main-main. Kalau Kak Yana free ajak dia sama,” beritahu Abang Zaff.

“Kalau abang tak suruh ajak pun Zura akan ajak Kak Yana sebab Zura mana ada lesen nak bawa kereta. Nak naik bas macam leceh sikit, nak naik teksi…eeiii takutlah..Kita nak jumpa kat mana?”

“Abang tunggu kat Restoran Setia Menunggu, boleh?”

“Kat situ? Hehehe..setialah abang menunggu Zura dan kakak sampai ek…” usikku sambil ketawa kecil.

“Memang pun, abang akan setia menunggu Zura sampai,”

“Okey, Zura letak phone dulu lah ya. Nak pergi bagitau abah dan umi then nak suruh Kak Yana bersiap. Kalau kami lambat, kesianlah kat abang setia menunggu kami,”

“Okey, kita jumpa nanti,”

Sebaik saja meletakkan telefon, aku segera ke bilik bacaan mencari umi. Tadi sewaktu sedang berbual dengan Abang Zaff aku nampak umi masuk ke situ.

“Umi, abah mana?” soalku pada umi.

“Papa ada kat atas. Kenapa?”

“Tadi Abang Zaff call. Dia ajak Zura dan Kak Yana keluar lunch ari ni. Dia nak belanja. Boleh tak, umi?”

“Dengan Kak Yana?”

Aku menganggukkan kepala.

“Umi tak ada masalah tapi nanti umi tanya abah. Mana tahu kalau-kalau abah tak izinkan. Zura tunggu sekejap, umi naik tanya abah,”

“Okey, thanks umi,”

5 minit kemudian, umi turun dari atas.

“Abah bagi tak, umi?” soalku tidak sabar.

“Abah izinkan tapi abah pesan jaga diri elok-elok,”

“Okey, thanks umi. Zura nak bagitau Kak Yana dan nak siap,” ucapku lalu segera mengatur langkah ke bilik.

Thursday, February 8, 2007

= 15 =

“Takde barang tinggal?” soal Along.

“Takde, semua dah masuk dalam kereta. Alamak, lupalah!” ujarku menepuk dahi.

“Apa lagi?”

“Zura lupa nak panggil Abang Zaff. Kejap ya,” ujarku pada Along seterusnya melangkah ke asrama putera.

“Abang Yus, Abang Zaff ada tak kat bilik dia?” soalku pada Abang Yusnor yang kebetulan berada di bilik pengawas asrama.

“Zaff? Ada rasanya. Kenapa?”

“Boleh tak abang suruh dia pergi kat parking kat depan aspuri tu. Nak jumpa dia sebab Zura dah nak balik jap lagi,”

“Okey,”

“Thanks,” sebaik saja mengucapkan terima kasih, aku kembali ke kereta Along yang terletak di hadapan asrama puteri, tidak jauh dari asrama putera.

“Zaff ada ke?”

“Ada, kejap lagi dia datang,”

“Dia dah start exam ke?”

“Dah, Isnin ari tu. Hah, tu pun dia,”

“Along apa khabar? Datang sorang je ke?”

“Along sihat je. A’ah datang sorang sebab abah dan umi ada hal. Exam macam mana?”

“Baru 2 paper. Okeylah,”

“Ala…abang tu kata ke okey tapi sebenarnya score,”

“Pandailah dia tu,”

“Memang la pandai tapi Zura taklah sepandai abang,” balasku tersenyum.

“Oklah, kami nak bertolak dah. Nanti bila-bila free datanglah rumah. Jangan segan,” ujar Along pada Abang Zaff.

“Insya-allah. Drive elok-elok, semoga selamat sampai rumah,”

“Ya, good luck,”

“Ok, bang. Good luck. Nanti abang dah habis exam bolehla kita jumpa kat town. Abang belanja Zura,” ujarku ketawa kecil.

“Ye lah, abang belanja. Ok, take care,”

“Bye-bye,” ucapku. Kemudian aku masuk ke dalam kereta begitu juga Along. Entah kenapa aku rasa sedih meninggalkan Abang Zaff, mungkin sebab aku dengan dia terlalu rapat jadi bila balik bercuti, aku rasa macam sunyi pulak.

“Senyap je, kenapa?”

“Mengantuk,”

“Patut pun. Semalam tidur pukul berapa?”

“Lewat, dekat pukul 1,”

“Buat apa? Takkan packing barang kot,”

“Barang petang lagi dah pack. Kelas Zura buat jamuan, lepas tu dok sembang-sembang tak sedar dah lewat,”

Friday, February 2, 2007

= 14 =

“Hai..lama tak nampak adik abang ni,”

Aku menoleh dan hanya melemparkan senyuman kepada yang menegur.

“Adalah, nak ke mana lagi. Abang tu yang hilang. Tak tau hilang gi study atau gi dating,”

“Amboi…lasernya ayat. Abang pergi study la, exam dah dekat. Erm…Zura tak nak wish good luck kat abang ke? Isnin ni abang dah mula STPM,”

“Sorry, lupalah. So, good luck. Zura tau abang mesti boleh jawab punya tambahan cik adik ada sama kan,” kataku sambil tersenyum dan aku tau Abang Zaff faham maksud senyuman aku tu.

“TQ. Doakan abang tau. Ni, datang kantin dengan sapa ni?”

“Datang dengan Sue dan Intan. Tu, diaorang kat kaunter,” ujarku sambil menunjuk ke arah kaunter. Abang Zaff hanya mengangguk.

“Abang sorang je ke?” giliranku pula bertanya.

“Sekarang ni soranglah tapi abang tengah tunggu Kak Dalila. Dia tengah hantar buku kat PS,”

Aku rasa air muka aku macam berubah riak bila mendengar nama Kak Dalila. Bukan apa sejak peristiwa dulu, aku jadi macam fobia dengan nama dia.

“Kak Dalila? Zura rasa baik abang pergi duduk kat tempat lain, nanti dia jeles lagi. Jadi kes lagi, tak nak la,” ujarku sambil meolak Abang Zaff agar bangun dari kerusi yang didudukinya.

“Halau abang ek?”

“Bukan halau tapi untuk keselamatan, kesejahteraan dan keamanan bersama. Please, bang,” ujarku sedikit merayu sambil mataku liar memerhatikan tangga yang berdekatan.

“Okeylah, abang bangun. Nanti apa-apa hal bagitau abang. Erm, Jumaat nanti siapa datang ambil?”

“Tak tau lagi. Nanti Zura bagitau abang,” janjiku pada Abang Zaff.

Tidak lama kemudian, selepas Abang Zaff berlalu dari mejaku, kelihatan Kak Dalila dan seorang rakannya turun dari PS. Aku mengurut dada kelegaan. Nasib baik aku bertindak cepat, kalau tak…aku menggelengkan kepala. Tak nak membayangkan apa yang terjadi. Kadang-kala aku pelik dengan Abang Zaff, macam mana dia boleh tahan dengan perangai cemburu Kak Dalila tu.

“Woit! Apsal geleng kepala sorang-sorang?” sergah Suhana.

“Hah?! Aku geleng kepala ke?” soalku pada Suhana dan Intan yang baru muncul di depanku. Serentak Intan Suhana menganggukkan kepala.

“Takde apalah, aku cuba terkenangkan sikap cemburu Kak Dalila dan aku pelik macam mana abang kesayangan aku tu boleh tahan,”

“Aku pun pelik. Tapi kan, nasib Abang Zaff dah tak duduk kat sini masa Kak Dalila turun tadi. Kalau tak…”

“Kalau tak apa?” soalku pada Intan yang tidak menghabiskan kata-katanya.

“Kalau tidak, mungkin perang meletus,” jawab Intan ketawa kecil. Aku dan Suhana turut ketawa.

“Sebenarnya Kak Dalila tu buang masa je cemburukan aku dan Abang Zaff. Aku bukannya ada apa-apa dengan Abang Zaff tu, antara adik dan abang je. Dia yang over,” bisikku perlahan. Walaupun tempat duduk aku agak jauh dari tempat Abang Zaff dan Kak Dalila tapi aku takut, manalah tau kalau-kalau suara aku terkuat tiba-tiba.

“Memang pun. Eh, nasi lemak kau dah habis ke? Nak sikit,” pinta Suhana sambil mengambil sedikit nasi lemakku.

“Aku nak rasa laksa sikit,” ujarku pula. Macam selalu, kalau ke kantin, kami akan memilih makanan yang berlainan kemudian berkongsi untuk merasa seorang sedikit.