Tuesday, March 6, 2007

= 20 =

“Sekejap je dah 2 bulan kita sekolah, kan?” soal Suhana ketika mereka dalam perjalanan pulang ke asrama dari kantin.

“A’ah la. Kenapa?”

“Esok kita boleh balik. Korang balik tak?”

“Betullah. Mestilah balik. Last month kita kan tak balik sebab terlibat dengan motivasi. Aku rindulah kat mama aku,” ucap Intan.

“Anak manja ni mana boleh tak balik, Zura. Kau balik?”

“Balik sebab next week Along nak fly pergi London. Company dia hantar ke sana,”

* * * *

“Abah mana?” soalku pada umi sebaik saja tiba di rumah.

“Pergi petrol station,”

“Oo..Along, bila gi KL?”

“Monday,”

“Nanti Zura rindulah pada Along. Lama kan Along kat sana,”

“Lamalah juga. Mungkin 3/4 bulan. Ye ke rindu pada Along atau rindu pada…”

“Pada siapa?” soalku memotong cakap Kak Yana.

“Rindu pada ehem…ehem…”

“Amboi…anak umi dah ada pakwe ke?” soal umi yang dari tadi kusyuk menjahit labuci pada tengkuk baju Kak Yana.

“Mana ada. Along tu saja je nak mengenakan Zura. Okeylah, Zura nak naik dulu, badan dah melekit ni,”

“Memang pun, bau pun ada. Pergi naik mandi,” arah Kak Yana. Aku hanya menjelirkan lidah lalu mendaki anak tangga menuju ke bilik. Tiba di bilik, aku mengambil telefon bimbit yang terletak di dalam laci meja solekku lalu segera menghidupkannya. Sebaik saja telefon bimbitku dihidupkan terus saja ia berdering menandakan ada sms diterima. Aku melihat sms tersebut. Dari abang Zaff.

Dh smpi rmh?

Aku bersandar pada almari sambil merenung telefon bimbit di tangan. Kemudian aku menekan butang reply untuk membalas message abang Zaff. Selesai menghantar message, aku mengambil tuala dan melangkah malas ke bilik air. Ketika aku melangkah ke katil setengah jam kemudian, aku perasan ada sms yang diterima.

Alhamdulillah. Esk abg nk jumpa Zura

Aku tersenyum dan mula berbalas sms dengan abang Zaff.

Knp nak jumpa?

Abg ada surprise utk Zura

Surprise? Nak kawin ke?

Kawin? Nope..

Hbs?

Surprise kan..mana blh bgtau..

Ala…bgtau la..klu tak, xnak jumpa..

Xnk jumpa xtau la apa surprise nya..

Ok, kul bper nak jumpa?
Lunch..abg ambil kat umah

Ok..

Ok, jumpa esk..

Ops..sapa lagi lunch dgn kita?

Knp?

Sj nk tau…

Kita je, xde org lain..

Blh bw Along?

No need..

Ala..boleh la..

Xpayah..

Ok..jumpa esk..

Okey, bye..

Bye..

“Zura, umi panggil minum,” kedengaran suara Kak Yana di depan pintu bilikku.

“Okey, sekejap lagi Zura turun,” jawabku sambil tanganku laju menyikat rambut.

“Abah..esok Zura nak keluar boleh?” pintaku pada abah ketika sama-sama duduk minum petang.

“Kemana?”

“Lunch dengan abang Zaff,”

“Lunch dengan Zaff?” soal Kak Yana.

“Why?” soalku.

“Nothing,”

“Abah, boleh tak?”

“Kalau dengan Zaffri boleh tapi kalau orang lain, orang tu mesti jumpa abah dan umi sebelum bawa Zura keluar,”

“Thanks, abah,”

“Amboi…seronoknya. Ada apa-apa ke?”

“Along mulalah tu. Takde apalah, seronok sebab tak sabar nak bergaduh dengan abang Zaff tu,”

“Zura, cuba buat perangai elok-elok sikit. Kenapa pulak nak bergaduh dengan Zaffri?” soal umi. Aku tersenyum,

“Dia tu suka cari pasal. Relaxlah, umi. Bukan gaduh tumbuk-tumbuk, mulut laser je,”

= 19 =

Tanpa sedar, cuti sekolah sudah tamat dan esok aku akan kembali ke asrama untuk memulakan sesi persekolahan yang baru. Terasa juga takut sebab bermulanya sesi persekolahan maknanya aku kena struggle untuk SPM. Aku menyusun satu persatu baju yang telah kulipat ke dalam beg.

“Amboi…tak sabar nak balik hostel ke?”

“Ish…terkejut Zura. Lain kali bagi salam dulu ye,” ujarku pada Kak Yana.

“Along tengok pintu bilik terbuka, Zura dok masukkan baju dalam beg, takdelah Along bagi salam. Rupanya sambil kemas beg dok mengelamun. Apsal? Rindu ke?” soal Kak Yana sambil tersenyum. Aku memandangnya pelik.

“Nak rindu pada siapa?”

“Ala…buat-buat tanyalah pulak,”

“Tak fahamlah. Zura nak rindu kat siapa?” soalku lagi. Serentak dengan soalan yang keluar dari mulutku, tanganku berhenti menyusun baju.

“Zaffri,”

“Hah?! Along ni demam ke apa? Apa hal Zura nak rindu pada Abang Zaff. Dia bukannya pakwe Zura nak rindu-rindu. Ntah apa-apa je Along ni,”

“Ye ke?” soal Kak Yana seakan tak percaya dengan kata-kataku. Aku mengangguk.

“Along jangan nak buat pasal. Zura tak pernah ada hati pun dengan Abang Zaff tu. Zura anggap dan sayang dia macam abang Zura. Zura anggap dia Angah Zura, tau. Along jangan nak buat cerita,”

“Tapikan, Along rasa Zaff tak anggap Zura ni adik dia,”

“Kenapa pulak Along kata macam tu?”

“Ntah tapi naluri Along mengatakan yang Zaff ada hati dengan Zura, dia dah tak anggap Zura sebagai adik dia sebaliknya dia anggap Zura lebih dari tu,”

Ayat yang keluar dari bibir mungil Kak Yana membuatkan aku melopong sekejap. Sejak bila pulak kakak aku ni jadi nujum ni, bisik hatiku.

“Banyaklah Along punya naluri. Tak kuasa nak layan atau nak percaya,” jawabku lalu menyambung kembali yang tertangguh tadi.

“Along serius lah. Percayalah kata Along. One day Zaffri akan luahkan rasa hati dia pada Zura. Just wait n see, that time baru Zura akan percaya kata-kata Along ni,”

“Apa-apa ajelah, Along. Yang Zura tau, dia tu Zura anggap sebagai abang dan setakat ni alhamdulillah perasaan Zura tak pernah berubah. Lagi pun Along, dia takkan ada hati pada Zura punya sebab dia kan dah ada Kak Dalila yang jealous tak ingat tu,”

“Along tak paksa Zura percaya sekarang ni tapi we just wait n see,”

Aku hanya mencebik, malas nak jawab cakap Kak Yana sebab aku tau mesti dia nak menang.

“Nak tolong apa ni?”

“Erm…takde apa rasanya. Cuma esok Along kena tolong bawa beg Zura ni,”

“Esok cerita lain. Oklah, Along nak turun jap, nak tengok umi kat dapur,” ujar Kak Yana lalu bangun meninggalkan aku sendirian mengemas. Tiba-tiba handphoneku berbunyi menandakan ada sms yang diterima. Aku bangun dan mengambil handphone di atas meja solek.

Buat apa tu? Esk balik hostel pkl brp?

Aku tersenyum membaca sms dari Abang Zaff. Nasib Kak Yana dah turun kalau tak puas aku nak menjawab soalan-soalan cepu gangsanya. Jari-jemariku pantas membalas sms tersebut. Tidak lama kemudian aku menerima balasannya.

Siapa hntr? Abg hntr boleh?

Hah?! Nak hantar…aduh, biar betul abang aku yang sorang ni. Matilah aku kalau Kak Yana terbaca sms ni, bisikku perlahan. Aku baru menekan butang reply ketika handphoneku berdering. Hampir terlepas handphone di tangan kerana terkejut.

“Hello, nak cakap dengan siapa?” soalku buat-buat tidak kenal dengan si pemanggil.

“Nak cakap dengan budak yang nak ambil SPM hujung tahun ni,”

“Budak yang nak ambil SPM? Siapa ek?”

“Mengada ya. Tak nak cakap dengan abang ke?”

“Hehehe jangan marah nanti cepat tua,” ucapku sambil ketawa kecil.

“Dah habis mengemas?”

“Dalam proses. Kenapa? Nak tolong ke?”

“Boleh juga nanti abang datang,”

“Ye lah tu. Tak keluar dating ke?”

“Ari ni tak. Mungkin esok atau lusa. Kenapa? Nak ikut ke?”

“Ikut? Takpe, terima kasih. Zura tak nak jadi penyibuk, nanti terkeluar biji mata Kak Dalila tu jeling Zura,” jawabku ketawa dan aku dengar Abang Zaff juga ketawa.

“Esok siapa hantar?”

“Papa, mama, Along,”

“Abang hantar boleh? Tak payahlah diaorang hantar,”

Hampir tersedak aku mendengar kata-kata Abang Zaff.

“Tak payahlah. Nanti Along ingat ramalan dia betul,”

“Ramalan Along? Ramalan apa?” soal Abang Zaff ingin tahu.

“Ada ke patut Along kata abang suka pada Zura,” ceritaku sambil ketawa kecil.

“Patut,” jawab Abang Zaff.

“Hah?! Abang jangan nak buat lawak petang-petang ni tau. Zura tak suka!”

“Apa salahnya dengan ramalan Along tu. Macam mana kalau betul abang suka pada Zura. Zura suka tak pada abang?”

“Zura suka abang tapi sebagai abang tau tak lebih dari tu,” jawabku tegas sebab aku memang tak pernah ada apa-apa perasaan pada Abang Zaff yang telah aku anggap sebagai abang kandungku.

“Kalau suatu hari nanti Zura suka pada abang macam mana?”

“Insya-allah tak,”

“Ok, kalau abang yang suka Zura, macam mana?”

“Ei…janganlah nak uji Zura dengan soalan-soalan cepu gangsa tu. Zura tak heran,”

“Ye ke tak heran? Heranlah…”

“Tak!” jawabku tegas.

“Betul?” soal Abang Zaff seakan tidak mempercayai kata-kataku.

“Suka hatilah nak percaya ke tak..abang tu memang…”

“Memang apa?”

“Memang tak nak mengalah, asyik nak menang je,” ucapku.

“Tau takpe,” jawab Abang Zaff sambil ketawa.

“Memang tau pun,” balasku pula.

“Okeylah, abang stop dululah. Tak nak kacau orang busy kemas barang, nanti ada pulak barang yang tertinggal,”

“Tertinggal takpe, Along boleh hantar,”

“Okeylah. Take care, apa-apa hal call abang,”

“Okey. Thanks, bye bye” ucapku mengakhiri perbualan dengan Abang Zaff.

Tuesday, February 27, 2007

= 18 =

“Kenapa kan, masa kita makan tadi Along tengok Dalila tu stare semacam je pada Zura?”

“Hah?! Stare pada Zura? Ntah, tak perasan pulak,” jawabku.

“Ye ke tak perasan atau Zura nak sorokkan sesuatu dari Along,”

“Sungguh. Bila Along perasan Kak Dalila tu stare Zura?” soalku pura-pura tak tahu sedangkan aku memang sedar pandangan tajam Kak Dalila padaku semasa makan malam tadi tapi saja aku buat-buat tak nampak dan asyik berbual dengan Abang Zaff kesayangan aku.

“Tadilah. Zura dengan Zaff bukan main rancak lagi berbual. Along perasan dari ekor mata yang Dalila tu stare Zura. Kenapa?”

“Dia jealous,”

“Jealous? But, why?”

“Sebab dia ingat Zura nak rampas Abang Zaff dari dia sedangkan Zura sikit pun takde apa-apa perasaan pada Abang Zaff melainkan Zura anggap dia macam abang Zura. Actually sejak sekolah hari tu lagi dia dah jealous macam tu,”

“Ye ke? Tapi kenapa dia pandang semacam tadi,”

“La..Along ni. Kan Zura kata dia jealous. Abang Zaff baik dengan Zura sejak MTS, lepas tu Abang Zaff yang calonkan nama Zura untuk jadi Pengawas dan kami rapat like brother and sister tapi Kak Dalila tu ala-ala bengong sikit. Ada ke itu pun dia nak jealous. Nonsense la dia tu,”

“Zaff tau buah hati dia jealous dengan Zura?”

“Tau tapi dia takleh nak buat apa sebab dia sendiri tahu yang Zura anggap dia sebagai abang,”

“Betul ke Zura anggap Zaff abang?” tanya Kak Yana sambil ketawa kecil.

“Betullah!! Kenapa? Along tak percaya? Kalau Along tak percaya suka hati Along la. Malas Zura nak layan,” jawabku geram. Akhirnya aku mendiamkan diri, malas nak bercakap dengan Kak Yana. Tambahan mood aku kurang baik sebaik saja aku mendengar Abang Zaff bagitau Kak Dalila turut serta dalam makan malam kami tadi. Bukanlah aku cemburu pada Kak Dalila tapi aku meluat dan menyampah dengan sikapnya yang cemburu tak bertempat tu. Nasib baiklah Abang Zaff tak pernah ambil port dengan cemburu Kak Dalila tu, kalau Abang Zaff ambil port, memang aku dah takde peluanglah jadi adik kesayangan dia. Hilanglah Angah aku, bisikku.

“Dah sampai. Tak nak turun ke?”

“Dah sampai?” soalku terkejut. Tak sangka begitu lama dan begitu jauh aku termenung melayan perasaan.

“Ye, dah sampai. Turun, masuk kemudian sambung lamunan yang terhenti tu kat dalam bilik,” perli Kak Yana.

“Baiklah tuan kecik. Thanks, Along,” ucapku.

“Thanks for what?”

“Thanks for company me. Kalau Along tak ikut, mati kutulah Zura nak mengadap Abang Zaff dan awek kesayangannya yang jealous nak mati tu,”

= 17 =

“Betul ke kat sini?” soal Kak Yana padaku kerana sebaik saja kami sampai ke Restoran Setia Menunggu, Abang Zaff tidak kelihatan. Aku hanya mengangguk dan dalam masa yang sama mataku meliar mencari kelibat Abang Zaff. Tiba-tiba sedang aku mencari, telefon bimbitku berbunyi. Dengan pantas aku menekan butang hijau.

“Zura kat mana?”

“Kat depan Restoran Setia Menunggu la. Abang dekat mana? Tak kan tukar tempat pulak,”

“Abang kat situ la jugak. Zura masuk kemudian Zura pandang sebelah kiri. Nanti Zura akan nampak abang dan Kak Dalila,”

Saat mendengar Abang Zaff menyebut nama Kak Dalila, aku rasakan aku tidak lepas menelan air liur. Terasa seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkong.

“Erm..ok. Kita jumpa sekejap lagi,” ujarku mengakhiri perbualan.

“Zaffri kat mana?”

“Dalam sikit. Jom diaorang dah tunggu,” ujarku lalu menarik tangan Kak Yana perlahan. Nasib baik aku bawa Kak Yana kalau tidak mahu mati kutu aku jadinya mengadap muka Abang Zaff dan Kak Dalila.

“Diaorang? Zaffri dengan siapa?”

“Dengan awek kesayangannya. Kalau Along nak tau, Abang Zaff tu mana boleh berenggang dengan awek kesayangan dia tu,” jawabku sambil ketawa yang dibuat-buat.

“Oo…adalah point Along nak mengusik Zaffri nanti,”

“Itu pun Abang Zaff,”

“Apsal lambat? Puas abang tunggu,”

“Aik..kan ini Restoran Setia Menunggu so abang kenalah jadi penunggu yang setia. Hai Kak Dalila. Apa khabar?”

“Baik, Zura macam mana?”

“Zura sihat je. Kenalkan ini kakak Zura, Aimy Diyana. Kak Yana, ini Kak Dalila,” ujarku menjawab soalan Kak Dalila sekaligus memperkenalkan dia dan Kak Yana.

“Abang tak nak kenalkan ke?”

“Amboi…takkan asyik sangat berkepit dengan awek sampai Along pun kau dah tak kenal, Zaff,” perli Kak Yana sebelum sempat aku menjawab soalan Abang Zaff. Aku hanya tersenyum.

“Mana pulak tak kenal. Kenal tapi saja nak usik Zura. Okey, silakan order, nak makan apa?”

“Abang yang nak belanja Zura so Zura ikut je apa yang abang pilih,”

“Okey tapi kalau nak tambah apa-apa bagitau,”

= 16 =

“Zura, ada call,” jerit Kak Yana. Aku yang sedang membaca majalah tersentak. Siapa pulak yang call, takkan Umairah, tadi baru je bersms dengan dia.

“Siapa?” soalku pada Kak Yana sebaik saja aku tiba di kaki tangga. Kak Yana hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Hello, siapa ni?”

“Tak kenal ke?” soal sipemanggil. Aku mengerutkan dahi, siapa pulak lelaki ni.

“Siapa ni? Saya takde masa nak main-main tau,” marahku.

“Amboi…garangnya adik abang. Takutnya,”

“Abang Zaff!! Eii…apsal tak kenalkan diri awal-awal. Tak pasal-pasal kena marah,”

“Saja nak usik adik abang ni. Tak sangka ya, Zura garang betul,” ujar Abang Zaff sambil ketawa.

“Memang garang sebab ada orang main-main. Cuba cakap awal-awal tadi siapa, takde lah kena marah,” ujarku ketawa. Padan muka Abang Zaff, mainkan aku lagi, bisikku dalam hati.

“Tengah buat apa tu? Busy ke?”

“Mana ada busy, tengah baca majalah je. Kenapa? Nak belanja Zura ke?” soalku sambil tersenyum. Hish, mana Abang Zaff nampak aku senyum, bisik hatiku.

“Kalau Zura free memanglah abang nak ajak Zura keluar. Nak belanja Zura lunch. Boleh ke?”

“Betul ke ni? Atau main-main je?” soalku inginkan kepastian.

“La..betullah. Buat apa pulak abang nak main-main. Kalau Kak Yana free ajak dia sama,” beritahu Abang Zaff.

“Kalau abang tak suruh ajak pun Zura akan ajak Kak Yana sebab Zura mana ada lesen nak bawa kereta. Nak naik bas macam leceh sikit, nak naik teksi…eeiii takutlah..Kita nak jumpa kat mana?”

“Abang tunggu kat Restoran Setia Menunggu, boleh?”

“Kat situ? Hehehe..setialah abang menunggu Zura dan kakak sampai ek…” usikku sambil ketawa kecil.

“Memang pun, abang akan setia menunggu Zura sampai,”

“Okey, Zura letak phone dulu lah ya. Nak pergi bagitau abah dan umi then nak suruh Kak Yana bersiap. Kalau kami lambat, kesianlah kat abang setia menunggu kami,”

“Okey, kita jumpa nanti,”

Sebaik saja meletakkan telefon, aku segera ke bilik bacaan mencari umi. Tadi sewaktu sedang berbual dengan Abang Zaff aku nampak umi masuk ke situ.

“Umi, abah mana?” soalku pada umi.

“Papa ada kat atas. Kenapa?”

“Tadi Abang Zaff call. Dia ajak Zura dan Kak Yana keluar lunch ari ni. Dia nak belanja. Boleh tak, umi?”

“Dengan Kak Yana?”

Aku menganggukkan kepala.

“Umi tak ada masalah tapi nanti umi tanya abah. Mana tahu kalau-kalau abah tak izinkan. Zura tunggu sekejap, umi naik tanya abah,”

“Okey, thanks umi,”

5 minit kemudian, umi turun dari atas.

“Abah bagi tak, umi?” soalku tidak sabar.

“Abah izinkan tapi abah pesan jaga diri elok-elok,”

“Okey, thanks umi. Zura nak bagitau Kak Yana dan nak siap,” ucapku lalu segera mengatur langkah ke bilik.

Thursday, February 8, 2007

= 15 =

“Takde barang tinggal?” soal Along.

“Takde, semua dah masuk dalam kereta. Alamak, lupalah!” ujarku menepuk dahi.

“Apa lagi?”

“Zura lupa nak panggil Abang Zaff. Kejap ya,” ujarku pada Along seterusnya melangkah ke asrama putera.

“Abang Yus, Abang Zaff ada tak kat bilik dia?” soalku pada Abang Yusnor yang kebetulan berada di bilik pengawas asrama.

“Zaff? Ada rasanya. Kenapa?”

“Boleh tak abang suruh dia pergi kat parking kat depan aspuri tu. Nak jumpa dia sebab Zura dah nak balik jap lagi,”

“Okey,”

“Thanks,” sebaik saja mengucapkan terima kasih, aku kembali ke kereta Along yang terletak di hadapan asrama puteri, tidak jauh dari asrama putera.

“Zaff ada ke?”

“Ada, kejap lagi dia datang,”

“Dia dah start exam ke?”

“Dah, Isnin ari tu. Hah, tu pun dia,”

“Along apa khabar? Datang sorang je ke?”

“Along sihat je. A’ah datang sorang sebab abah dan umi ada hal. Exam macam mana?”

“Baru 2 paper. Okeylah,”

“Ala…abang tu kata ke okey tapi sebenarnya score,”

“Pandailah dia tu,”

“Memang la pandai tapi Zura taklah sepandai abang,” balasku tersenyum.

“Oklah, kami nak bertolak dah. Nanti bila-bila free datanglah rumah. Jangan segan,” ujar Along pada Abang Zaff.

“Insya-allah. Drive elok-elok, semoga selamat sampai rumah,”

“Ya, good luck,”

“Ok, bang. Good luck. Nanti abang dah habis exam bolehla kita jumpa kat town. Abang belanja Zura,” ujarku ketawa kecil.

“Ye lah, abang belanja. Ok, take care,”

“Bye-bye,” ucapku. Kemudian aku masuk ke dalam kereta begitu juga Along. Entah kenapa aku rasa sedih meninggalkan Abang Zaff, mungkin sebab aku dengan dia terlalu rapat jadi bila balik bercuti, aku rasa macam sunyi pulak.

“Senyap je, kenapa?”

“Mengantuk,”

“Patut pun. Semalam tidur pukul berapa?”

“Lewat, dekat pukul 1,”

“Buat apa? Takkan packing barang kot,”

“Barang petang lagi dah pack. Kelas Zura buat jamuan, lepas tu dok sembang-sembang tak sedar dah lewat,”

Friday, February 2, 2007

= 14 =

“Hai..lama tak nampak adik abang ni,”

Aku menoleh dan hanya melemparkan senyuman kepada yang menegur.

“Adalah, nak ke mana lagi. Abang tu yang hilang. Tak tau hilang gi study atau gi dating,”

“Amboi…lasernya ayat. Abang pergi study la, exam dah dekat. Erm…Zura tak nak wish good luck kat abang ke? Isnin ni abang dah mula STPM,”

“Sorry, lupalah. So, good luck. Zura tau abang mesti boleh jawab punya tambahan cik adik ada sama kan,” kataku sambil tersenyum dan aku tau Abang Zaff faham maksud senyuman aku tu.

“TQ. Doakan abang tau. Ni, datang kantin dengan sapa ni?”

“Datang dengan Sue dan Intan. Tu, diaorang kat kaunter,” ujarku sambil menunjuk ke arah kaunter. Abang Zaff hanya mengangguk.

“Abang sorang je ke?” giliranku pula bertanya.

“Sekarang ni soranglah tapi abang tengah tunggu Kak Dalila. Dia tengah hantar buku kat PS,”

Aku rasa air muka aku macam berubah riak bila mendengar nama Kak Dalila. Bukan apa sejak peristiwa dulu, aku jadi macam fobia dengan nama dia.

“Kak Dalila? Zura rasa baik abang pergi duduk kat tempat lain, nanti dia jeles lagi. Jadi kes lagi, tak nak la,” ujarku sambil meolak Abang Zaff agar bangun dari kerusi yang didudukinya.

“Halau abang ek?”

“Bukan halau tapi untuk keselamatan, kesejahteraan dan keamanan bersama. Please, bang,” ujarku sedikit merayu sambil mataku liar memerhatikan tangga yang berdekatan.

“Okeylah, abang bangun. Nanti apa-apa hal bagitau abang. Erm, Jumaat nanti siapa datang ambil?”

“Tak tau lagi. Nanti Zura bagitau abang,” janjiku pada Abang Zaff.

Tidak lama kemudian, selepas Abang Zaff berlalu dari mejaku, kelihatan Kak Dalila dan seorang rakannya turun dari PS. Aku mengurut dada kelegaan. Nasib baik aku bertindak cepat, kalau tak…aku menggelengkan kepala. Tak nak membayangkan apa yang terjadi. Kadang-kala aku pelik dengan Abang Zaff, macam mana dia boleh tahan dengan perangai cemburu Kak Dalila tu.

“Woit! Apsal geleng kepala sorang-sorang?” sergah Suhana.

“Hah?! Aku geleng kepala ke?” soalku pada Suhana dan Intan yang baru muncul di depanku. Serentak Intan Suhana menganggukkan kepala.

“Takde apalah, aku cuba terkenangkan sikap cemburu Kak Dalila dan aku pelik macam mana abang kesayangan aku tu boleh tahan,”

“Aku pun pelik. Tapi kan, nasib Abang Zaff dah tak duduk kat sini masa Kak Dalila turun tadi. Kalau tak…”

“Kalau tak apa?” soalku pada Intan yang tidak menghabiskan kata-katanya.

“Kalau tidak, mungkin perang meletus,” jawab Intan ketawa kecil. Aku dan Suhana turut ketawa.

“Sebenarnya Kak Dalila tu buang masa je cemburukan aku dan Abang Zaff. Aku bukannya ada apa-apa dengan Abang Zaff tu, antara adik dan abang je. Dia yang over,” bisikku perlahan. Walaupun tempat duduk aku agak jauh dari tempat Abang Zaff dan Kak Dalila tapi aku takut, manalah tau kalau-kalau suara aku terkuat tiba-tiba.

“Memang pun. Eh, nasi lemak kau dah habis ke? Nak sikit,” pinta Suhana sambil mengambil sedikit nasi lemakku.

“Aku nak rasa laksa sikit,” ujarku pula. Macam selalu, kalau ke kantin, kami akan memilih makanan yang berlainan kemudian berkongsi untuk merasa seorang sedikit.

Friday, January 26, 2007

= 13 =

Begitu pantas masa berlalu. Sedar tak sedar penghujung tahun akan tiba tak lama lama, dalam masa beberapa minggu lagi, tak sampai sebulan. Senior aku yang nak ambil SPM dan STPM pun sedang bertungkus-lumus study sebab exeam just round the corner. Abang Zaff pun tengah struggle agaknya sebab dia pun nak ambil STPM juga tapi dia tu tak payah study teruk-teruk pun dah boleh score. Dia pernah jadi pelajar terbaik masa SRP seterusnya masuk ke sini dan menjadi pelajar terbaik SPM pula. Aku dan Abang Zaff dah berbaik semula. Aku senyum sendiri.

“Tu dah sah la tengah berangan. Buku terbuka tapi senyum sorang-sorang. Kita rasa awak bukannya baca majalah Ujang nak tersenyum sorang-sorang,” teguran Intan mengejutkan aku.

“Bukan beranganlah tapi aku tengah teringatkan sesuatu yang agak manis untuk dikenang. Aku bukannya ada pakwe macam kau untuk diangankan,” jawabku mengenakan Intan selamba. Pantas Intan mencapai bantal kecil miliknya dan membaling ke arahku. Aku dengan cepat mengelak walaupun aku tahu kalau kena sekalipun bukannya sakit.

“Ye lah tu. Macam kita tak tahu yang awak tu tengah berangan,”
“Entah, turun telefon agaknya,”

“Takdelah, just teringatkan satu peristiwa yang lucu tu pasal senyum,”

“Share lah dengan kita, kita pun nak senyum gak,”

“Tak payah, takde kena-mengena dengan kau,”

“Oo…berlagak ye. Takpe…eh, Su mana?”

“Entah, pergi telefon kot. Balik sekolah tadi dia nak telefon tapi ramai sangat yang beratur,”

“Telefon? Eh, kita pun nak turun telefon jugaklah. Jom, temankan kita, nak?”

“Wei…telefon tu kat bawah pondok tu je, apsal pulak nak berteman?”

“Jom lah. Mana tau kalau phone tu tak boleh pakai. Su ni pun satulah, ajaklah kita gi telefon sama,” rungut Intan. Kemudian dia bangun menukar pakaian yang sesuai. Aku masih duduk mengadap buku.

“Zura, cepatlah!”

“Cepat apa?”

“Siap, temankan kita. 5 saat untuk awak siap,” arah Intan.

“Banyak kau punya 5 saat. Dah la paksa orang ikut lepas tu bagi 5 saat je. Banyak cantik,” ujarku pura-pura marah.

Semasa hendak turun ke pondok, kami berselisih dengan Suhana di tangga.

“Pergi telefon tak ajak kita,” tegur Intan.

“Bukan pergi telefon lah. Aku pergi angkat kain. Nak pergi telefon ek?”

“A’ah. Nak ikut ke?”

“Boleh juga, sekejap aku hantar kain ke dorm,” jawab Suhana lalu berlari menaiki tangga ke dorm. Aku dan Intan menunggu di kerusi batu di hadapan bilik warden. Tidak lama kemudian, Suhana muncul di depan kami.

“Kau ni betul ke nak pergi telefon, Intan?” tanya Suhana.

“Betullah. Nak suruh mak kita datang esok atau lusa. Nanti minggu lagi sekali kita nak exam kan,”

“Ooo..ingat nak gi jumpa ehem…ehem…”

“Ish…mana adalah. Kita bukan nak jumpa dia,” jawab Intan. Aku hanya memandang gelagat dua temanku itu. Malas nak menyampuk sebab kalau aku menyampuk nanti silap haribulan aku terkena.

“Zura, kau dah wish kat Abang Zaff?”

“Wish apa?” soalku memandang Suhana.

“La…wish good luck. Kan abang kau tu nak exam,”

“Kena wish ke?” soalku sambil ketawa kecil. Suhana hanya menjegilkan mata.

“Wish la. Kan abang kau tu,” marah Suhana.

“Nantilah. Bukannya dia nak exam esok, ada lagi 2 minggu nak exam. Nanti kalau aku ingat aku wish la,”

“Teruknya kau. Malangnya Abang Zaff dapat adik macam kau,”

Aku hanya ketawa mendengar omelan Suhana. Sebenarnya kalau dia tak ingatkan pun aku tetap akan ucapkan selamat berjaya untuk abang aku yang seorang tu.

“Lajunya cik kak tu. Wei, tak larinya telefon tu,” ujarku apabila melihat Intan yang melangkah laju menuju ke pondok telefon.

“Telefon memang tak lari tapi takut ramai orang lah,” balas Intan.

“Anak manja seorang ni. Lagi 2 minggu nak balik pun nak tepon lagi. Memang anak manja,” ejek Suhana. Tak dinafikan Intan memang anak manja, dia anak bongsu dan mungkin sebab tu dia begitu manja dengan keluarganya.

Sunday, January 14, 2007

= 12 =

Diminta Aimy Aizura Kamarul turun ke bilik tetamu kerana ada tetamu sedang menanti anda. Diulang, diminta Aimy Aizura Kamarul turun ke bilik tetamu kerana ada tetami sedang menanti anda. Terima kasih.

Aku melompat dari katil sebaik saja mendengar pengumuman tersebut.

“Papa dan mama aku datang. Seronoknya,” jeritku.

“Wei…orang lain pun mak ayah datang juga tapi takde lah macam kau,” tegur Haliza tersenyum.

“Hehehe..jangan jeles. Aku turun dulu. Eh, nanti kalau Intan dan Sue cari kau bagitau aku kat bilik tetamu kat bawah ek. Diaorang kat bilik basuh, maybe tak dengar pengumuman tadi. Tolong ye,” pesanku pada Haliza. Aku melangkah laju ke bilik tetamu. Langkahku terhenti sebaik saja terpandang 4 pasang kasut tersusun di rak.

Siapa pulak yang ikut, takkan Kak Yana bawa pakwe dia. Aku melangkah perlahan-lahan dan kemudian aku terdengar suara Abang Zaff. Alamak, dia ke. Kacau je, desisku.

“Assalamualaikum,” ucapku ketika tiba di depan pintu.

“Waalaikumusalam. Rindunya umi pada anak umi yang sorang ni. Zura sihat?” soal umi sebaik saja aku masuk dan bersalamannya dengannya. Kemudian aku bersalam dengan papa dan Kak Yana.

“Sihat je, Zura pun rindu juga. Dah lama ke sampai?”

“Adalah dalam setengah jam,” jawab Kak Yana. Aku memandang Kak Yana dengan dahi yang berkerut.

“Dah setengah jam? Tapi kenapa baru je panggil Zura?” soalku tak puas hati.

“Tadi takde orang kat bilik perhubungan tu. Nasib baik Zaffri lalu, papa mintalah dia tolong panggilkan Zura,” jelas papa.

“Bukan abang panggil tapi abang suruh budak lain. Abang berbual dengan papa dan mama. Dah lama tak jumpa,” beritahu Abang Zaff tanpa di minta. Aku hanya menganggukkan kepala.

“Zura, macam mana study? Selalu tak minta tolong dengan Zaffri?” soalan Kak Yana mengejutkanku. Buat apa minta tolong dengan dia tu, desis hatiku.

“Study okey. Erm.. adalah juga sesekali Zura minta tolong dengan Abang Zaff. Susah nak jumpa Abang Zaff sebab dia Ketua Pelajar, mana ada masa nak jumpa Zura selalu lagipun kan, kak…Abang Zaff ni ada makwe, nanti makwe dia cemburu pulak kalau Zura selalu minta tolong dengan dia,” ujarku tanpa berselindung. Rasakan, siapa suruh sakitkan hati aku.

“Ye ke,Zaff?” soal papa sambil tersenyum. Mesti papa ingat aku saja nak kenakan Abang Zaff.

“Mana adalah, pa. Zura saja main-main tu,”

“Kalau betul pun apa salahnya, asalkan study tak terjejas,” ujar mama pulak. Aku dapat lihat air muka Abang Zaff yang berubah. Aku hanya ketawa di dalam hati.

Setelah hampir sejam berbual sambil makan makanan yang dibawa oleh mama, akhirnya tiba masa untuk aku berpisah kembali.

“Take care, jangan nakal-nakal,” pesan umi. Aku hanya angguk dan senyum.

“Jaga diri. Apa-apa hal bagitau, kalau tak nak call rumah pun, bagitau Zaffri,” pesan Kak Yana pulak. Aduh, bagitau Abang Zaff nak buat apa, rungutku.

“Okeylah. Anak papa ni jaga diri, dengar cakap Zaffri. Papa dah bagitau dia kalau Zura langgar peraturan sekolah, denda aje. Kalau perlu dilucutkan jawatan pengawas pun buat lah,”

“Papa!! Ada ke kata macam tu pada Zura. Zura budak baiklah,” jawabku sedikit geram.

“Okey, kami balik dulu,”

Aku hanya menganggukkan kepala. Kemudian, aku berpusing untuk naik ke asrama sebaik saja kereta yang dipandu papa hilang disebalik bangunan sekolah.

“Marah abang lagi ke?”

“Ermm..entahlah. Tak marah dah agaknya,” jawabku acuh tak acuh.

“Alhamdulillah, lega abang dibuatnya,” jawab Abang Zaffri.

“Apsal?” soalku sebaik saja mendengar ucapan alhamdulillah yang keluar dari mulutnya.

“Ye la. Lega sebab adik abang ni dah tak marah pada abang lagi. Lepas ni abang dah serik nak usik Zura lebih-lebih,”

“Lain kali tapis dulu ya, jangan main suka-suka je nak kata Zura macam tu. Okeylah, Zura naik dulu. Nanti kalau Zura cakap lama-lama dengan abang ada pulak yang report pada girlfriend abang, sia-sia je Zura kena ‘basuh’ nanti. Jumpa lagi, bye,” ucapku selamba lalu menapak naik ke asrama meninggalkan Abang Zaff yang aku pasti masih menanti sehingga aku tiba di atas.

= 11 =

Aku masih berbaring di atas katil. Malas nak bersiap walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.

“Tak pergi meeting ke?” tegur Suhana yang baru balik dari tandas.

“Ikut hati memang tak nak pergi tapi faham-faham ajelah, meeting tu WAJIB. Menyampah sungguh,”

“Dah pukul 8.30 dah, kau tak siap lagi,”

“Ala, bukannya nak kena bersolek, sarung je tudung kemudian geraklah. Bukannya jauh beribu batu Bilik Gerakan tu,” jawabku selamba.

“Ye lah, suka hati kau lah, Zura. Budak-budak lain mana?”

“Mana lagi, bilik TV lah. Kenapa?”

“Saja je. Aku pun nak ke sanalah. Selamat bermesyuarat dan berdating dengan Abang Zaff,”

“Banyak kau punya dating,”

“Kirim salam pada Abang Zaff ya,”

“Tengoklah, kalau girlfriend dia tak jeling aku, aku sampaikan salam kau tapi kalau awal-awal lagi aku dah kena jeling, aku simpan ajelah salam kau tu ek,”

Sebaik saja Suhana keluar dari dorm, aku melompat dari katil dan menyarung tudung. Buku catatan dan pen di dalam beg, aku ambil. Dengan langkah yang agak malas, aku bergerak ke Bilik Gerakan.

“La…ingatkan saya je yang lewat tapi ada kawan rupanya,”

“Eh, Mimi. Ingatkan dah pergi,”

“Tadi dah nak pergi lepas tu sakit perut pulak, pergi toilet dulu. Takut juga kalau meeting tu lama,”

“Harap-harap tak lama. Tak larat nak duduk lama-lama dalam bilik tu,” ujarku mengharap.

“Betul tu,”

Kami tiba di Bilik Gerakan tepat pukul 9. Aku dan Mimi duduk di bahagian belakang kerana hanya itu kerusi yang tinggal. Lega, tak perlu duduk depan, bisikku kelegaan.

“Assalamualaikum. Terima kasih kepada semua yang hadir. Tujuan kita bermesyuarat hari ini adalah untuk berbincang tentang program khidmat masyarakat yang perlu kita buat untuk tahun ini. Saya buka kepada semua untuk beri cadangan,” ujar En. Othman memulakan mesyuarat. Pelbagai cadangan dikemukakan, aku hanya mendengar sambil tunduk menconteng buku catatan milikku. Aku mengangkat muka apabila terasa ada mata yang memerhatikanku. Tanpa diduga, pandanganku bertembung dengan pandangan Abang Zaff, cepat-cepat aku tunduk. Tak kuasa nak tengok dia. Lagi pun bahaya kalau aku berbalas pandang dengan dia, nanti ‘cik adik’ kesayangan dia bagi jelingan maut kat aku pulak.

Mesyuarat berjalan hampir sejam dan akhirnya keputusan berjaya di capai. Lembaga Pengawas akan membuat khidmat masyarat di kawasan kejiranan yang berhampiran sekolah. Sebaik saja tamat, semua pengawas dijemput untuk menikmati hidangan ringan yang telah disediakan. Aku masih di tempat duduk, membiarkan orang lain mengambil kuih dan teh.

“Tak nak minum ke?”

Aku mengangkat muka sebaik saja mendengar seseorang menegurku.

“Sekejap lagi, malas nak beratur,” jawabku.

“Marah abang lagi ke?”

“Ntahlah. Eh, Kak Dalila panggil tu,” beritahuku sambil menunjuk ke arah Kak Dalila di hujung meja. Abang Zaff menoleh. Kemudian dia menoleh ke arahku semula.

“Mana ada. Kan dia tengah berbual dengan Pn. Ramlah tu,”

“Ada, tadi. Abang pergilah kat dia atau pun tempat lain. Nanti Kak Dalila atau orang lain buat gossip lagi. Zura tak selesa dengan semua tu,”

“Zura, abang minta maaf pasal hari tu. Abang saja nak mengusik tapi tak sangka yang Zura take it serius. Abang minta maaf, okey,” pohon Abang Zaff. Aku hanya memandang.

“Bagi Zura, kata-kata usikan abang tu cukup berbisa. Tengoklah macam mana. Okeylah, Zura nak pergi minum,” ujarku lalu bangun menuju ke meja hidangan. Aku tak tau nak maafkan Abang Zaff atau tidak sebab aku masih terasa dengan apa yang dia kata pada aku. Teruk sangatkah aku sampai dia pun sangka aku baik dengan dia sebab nak mengorat dia, sedihnya, desis hatiku.

= 10 =

Seminggu berlalu dan aku masih melancarkan perang dingin dengan Abang Zaff. Setiap kali terserempak dengan dia, aku akan buat seolah-olah aku dengan dia tak rapat. Padan muka, sakitkan hati aku lagi, desisku.

“Aizura!” panggilan Cikgu Ramlah mematikan langkahku.

“Ada apa, cikgu?”

“Tolong lekatkan notis ni di papan kenyataan kat depan sana tu,” ujar Cikgu Ramlah sambil menghulurkan sekeping kertas bersaiz A4.

“Notis apa, cikgu?”

“Pemberitahuan untuk mesyuarat pengawas malam nanti,”

“Okey, sekejap lagi saya lekatkan,”

“Terima kasih, Aizura,”

“Sama-sama,” Aku berjalan ke arah papan kenyataan yang dimaksudkan oleh Cikgu Ramlah tadi. Alamak, kenapa la time-time gini ada meeting pulak. Aku dah la malas nak tengok muka Abang Zaff, rungutku. Aku meneliti maklumat di tangan sebelum dilekatkan.

Mesyuarat Pengawas Sekolah Kali ke-5
Tempat : Bilik Gerakan Pengawas
Masa : 9 malam

Ish..susah hati betul, rungutku lagi.

“Buat apa tu?”

Hampir terlepas kertas di tangan apabila disergah begitu. Aku menoleh ke arah tuan punya suara yang tiba-tiba menyapaku itu.

“Bagi salam la dulu apa-apa hal pun. Nasib la aku ni takde lemah jantung, kalau ada selamat jalanlah jawabnya,” ujarku memandang Intan.

“Ampun cik puan besar. Lain kali kita tak buat macam tu lagi. Apa tu?”

“Maklumat untuk pengawas, ada meeting malam ni. Malasnya nak pergi,”

“Kenapa pulak?”

“Malaslah, kau kan tau aku tengah lancarkan perang dingin dengan Abang Zaff so kalau dah malam ni meeting, aku kena juga mengadap muka dia,” jawabku lemah.

“Aku ada idea,” beritahu Intan sambil tersenyum.

“Idea apa?”

“Kau tamatkanlah perang dingin tu malam ni,”

“Sorry banyak, malam ni makwe dia pun ada. Tak kuasa aku nak tamatkan perang dingin ni. Biar dia tau yang aku betul-betul terasa dengan kata-kata dia hari tu. Kalau orang lain yang salah sangka, yang buat gossip aku baik dengan Abang Zaff sebab aku minat dan nak jadikan dia boyfriend aku, aku boleh terima tapi bila dia sendiri yang aku anggap abang untuk tempat aku mengadu masalah aku pun anggap aku minat kat dia, aku tak boleh terima. Aku sedih,”

“Kau ni…eh, itu Abang Zaff dengan Abang Aidy,” tunjuk Intan ke satu arah.

“Alamak, dia on the way ke sini kan? Aku kena lari ni,” ucapku lalu segera melekatkan kertas yang aku pegang sejak dari tadi.

“Nak pergi mana?”

“Balik kelaslah mana lagi. Jom,” ujarku menarik tangan Intan supaya mengikutku. Disebabkan tak nak bertembung dengan Abang Zaff yang sedang menuju ke arah aku dan Intan, kami terpaksa naik tangga yang agak jauh dari kelas.

Sementara itu…

“Adik kau tu” soal Aidy pada Zaffri.

“A’ah dengan salah seorang dari best-friend dia,” jawab Zaffri.

“Kenapa macam nak lari dari kau je,” soal Aidy pelik sebab setahu dia, kawan baiknya cukup rapat dengan adiknya yang seorang tu tapi tadi dia nampak Aizura seoleh-olah ingin lari dari Zaffri.

“Merajuk dengan aku, dia tengah melancarkan perang dingin dengan aku,”

“Merajuk? Perang dingin?”

“Yup,”

“Kenapa? Apa kau buat sampai dia merajuk dan melancarkan perang?” soal Aidy sambil ketawa kecil. Terasa lucu pulak.

“Last week, dia mengadu pada aku yang Dalila and the gangs selalu jeling-jeling dia. Dia kata dia ada dengar yang kawan-kawan Dalila tu macam menuduh dia nak rampas aku dari Dalila,”

“Dalila tu memang suka jealous tak bertempat. Aku pun pelik macam mana kau dengan dia boleh jadi couple. Eh, sambung balik cerita kau tadi,”

“Zura kata dia anggap aku macam abang kandung dia so for what dia nak rampas aku dari Dalila pulak. Aku pun sajalah nak mengusik dia, aku kata pada dia, Zura memang ada hati dengan abang kan, tu pasal Zura baik-baik dengan abang. Dia terus merajuk sampailah sekarang ni,”

“Ya Allah, kau kata macam tu pada dia?” soal Aidy tak percaya mendengar apa yang terluah dari mulut Zaffri.

“Aku nak mengusik je,”

“Mengusik pun biarlah kena. Kalau aku jadi Zura pun aku akan buat macam yang dia buat sekarang. Aku tengok Zura tu tak pernahlah tergedik-gedik macam budak perempuan lain bila nampak kau, sopan je. Sesuai jadi adik dan juga awek. Memang tak patut kau kata macam tu pada dia. Habis, kau tak pujuk dia ke?”

“Aku dah cuba pujuk. Aku nak jumpa dia tak nak, aku bagi surat minta maaf tapi still macam tu. No idea nak buat apa lagi. Keras hati dia tu,”

“Padanlah muka kau. Lain kali nak cakap mengusik biar bertempat,” beritahu Aidy dan Zaffri hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. dalam hatinya, dia mengakui yang dia keterlaluan ketika mengusik Aizura seminggu lepas.

Friday, January 5, 2007

= 9 =

“Zura, ni ada surat untuk kau,” beritahu Suhana sambil menghulurkan sepucuk surat ketika pulang dari perpustakaan.

“Surat? Siapa bagi?” soalku sambil mengambil surat yang dihulurkan.

“Abang kau lah, siapa lagi. Tapi tak tahulah pulak kot dari orang lain tapi abang kau jadi posmennya,”

Aku mengerutkan dahi sambil tanganku pantas membuka sampul surat tersebut.

Zura,

Abang minta maaf. Tadi abang hanya nak mengusik Zura. Abang tau Zura anggap abang seperti abang Zura sebagaimana abang anggap Zura sebagai adik abang. Maafkan abang sebab buat Zura marah dan merajuk dengan abang.

- Abang Zaff -

“Kau bergaduh dengan abang Zaff ye?” soal Suhana ingin tahu.

“Dia tu lah, aku mengadu kat dia yang Kak Dalila tu asyik jeling semacam kat aku. Aku kata mungkin Kak Dalila ingat aku ada hati kat boyfriend dia dan nak rampas abang Zaff dari dia, sedangkan aku hanya anggap abang Zaff macam abang aku je,”

“Dah tu?”

“Tapi dia boleh kata kat aku, ye ke, bukan Zura memang ada hati dengan abang ke? Tu sebab Zura rapat dengan abang kan? macam nak terbakar hati aku jadinya. Sampai hati dia pun sangka macam tu kat aku. Apa lagi, aku blah la. Takde mood nak baca buku, sakit hati,”

“Saja nak mengusik la tu,”

“Mengusik kata kau? Kalau orang lain yang sangka macam tu aku boleh lagi maafkan sebab orang tak tau tapi dia yang kata aku marah la sedangkan hari tu dia juga yang nak rapat dengan aku. Konon takde adik, nak jadikan aku adik angkat. Pastu kata macam tu kat aku. Kalau kau jadi aku apa perasaan kau?”

“Kalau aku jadi kau, aku pun marah, sedih,”

“Tau pun…biar dia, malas aku nak layan surat dia tu. Biar dia tahu aku marah dengan dia,”

“Janganla macam tu. Berdamailah, korang kan pengawas nanti bila meeting kena jumpa gak…”

“Masa meeting aku tak pernah bercakap dengan dia pun, biarlah,”

“Keras hati sungguh kau ni,” marah Suhana. Aku hanya mendiamkan diri. Tak beri apa-apa respon.

“Jom makan,” Suara Intan yang tiba-tiba kedengaran mengejutkan aku dan kawan-kawan lain.

“Amboi..banyaknya,” tegur Nadia.

“Makcik kita belanja. Dia suruh kita makan dengan kawan-kawan. Mai lah ambil,”

Semua yang ada di situ menghampiri Intan. Masing-masing mengambil sebiji burger dan air.

“Makcik kau buat kenduri ke?”

“Takdelah. Makcik kita saja nak belanja. Makcik kita tu takde anaklah tu sebab dia sayang kita,”

“O..patutlah. Nanti cakap thanks kat makcik kau ek,” ucap Rohayu mewakili kami yang lain.

“Zura, kenapa monyok je?”

“Hah?!” soalku terkejut dengan dengan pertanyaan Intan.

“Kau kenapa monyok je?”

Belum sempat aku menjawab, Suhana membisikkan sesuatu ke telingan Intan. Kemudian Intan memandang aku dengan pandangan yang cukup bermakna.

“Apa?” soalku.

“Betul ke apa yang Sue bagitau?”

“Sue bagitau apa? Betul lah agaknya,” jawabku acuh tak acuh.

= 8 =

“Hari ni nak pergi library tak?” soalku pada Suhana yang masih berlingkar di atas katil.

“Library? Nak pergi pukul berapa?”

“Ni dah dekat pukul 11, kejap lagi kita pergilah. Lepas tu kita balik terus pergi makan kat dewan makan. Petang lepak-lepak kat dorm ajelah,”

“Okey juga. Intan, kau nak ikut kami tak?” soal Suhana pada Intan yang sedang meniarap di atas lantai sambil membaca suratkhabar.

“Malaslah. Lagipun makcik kita nak datang, nanti tak dengar pulak pengumuman kalau kita ikut pergi library,”

“Takpelah kalau tak nak ikut,” ujarku pula lalu bangun dari katil menuju ke loker.

“Nak buat apa tu?” tegur Suhana.

“La..nak ambil tudung la, apa lagi. Takkan nak pergi library kepala togel,”

“Hehehe, aku ingat kau nak gi mana tadi,” ujar Suhana sambil ketawa kecil. Kemudian dia pun turut sama bersiap memakai tudung.

“Berdua je ke? Intan mana?” tegur Kak Asmah sebaik saja aku dan Sue melangkah masuk ke perpustakaan.

“Intan tunggu makcik dia datang,” jawab Suhana. Aku pula terus mencari tempat yang sesuai untuk membuat rujukan dan ulangkaji.

“Kita duduk sinilah, tak ramai orang,”

“Okey. Kau pergilah cari buku, sekejap lagi aku pergi. Nak rehat jap, penatlah naik tangga.”

Aku menuju ke rak buku yang tersusun rapi. Satu persatu buku rujukan Sejarah aku belek.

“Kusyuknya dia,”

“Ish..abang ni, terkejut Zura tau!” ujarku memarahi tuan punya suara yang menegur aku secara tiba-tiba.

“Kusyuk sangat pun sampai tak sedar apa jadi kat sekeliling. Datang dengan sapa?”

“Dengan siapa lagi, best friend Zura la. Abang buat apa kat sini? Jarang nampak abang kat library hari Ahad macam ni. Selalu abang pergi dating kan, hari ni tak pergi ke?”

“Bila pulak abang berdating ni? Suka sangat mendengar gossip-gossip liar tu. Kan abang dah bagitau masa mula-mula Zura datang dulu, abang single lagi,”

“Yelah tu,”

“Sungguh tapi kan memang hari abang ada dating pun,”

“Hah, kan dah kata dah. Saja tak nak mengaku. Mana girlfriend abang?” soalku sambil memanjangkan leher melihat kelibat Kak Dalila. Ramai yang tahu bahawa Abang Zaffri adalah boyfriend Kak Dalila.

“Girlfriend? Ada kat sini,”

“Mana?” soalku kerana aku tak nampak pun Kak Dalila.

“Ni, kat depan abang sambil pegang buku Sejarah Malaysia,” jawab Abang Zaffri selamba. Aku menjegilkan mata…

“Abang ni..orang tanya betul-betul dia jawab main-main pulak,”

“Betul, kat depan abang la girlfriend abang,”

“Abang jangan nak buat pasal tau. Kalau Kak Dalila atau geng dia dengar apa yang abang kata pada Zura ni, naya Zura tau. Sejak Zura jadi pengawas lepas tu abang pulak rapat dengan Zura, Kak Dalila tu dah lain macam tau. Kalau selisih dengan Zura selalu jeling-jeling Zura,” ujarku seakan-akan mengadu.

“Kenapa pulak dia jeling Zura? Zura ada buat salah dengan dia ke?”

“Abang ni…sebab abang la dia jeling-jeling Zura. Dia ingat Zura nak rampas abang dari dia kot sebab abang baik dengan Zura. Tapi sebenarnya Zura bukan nak rampas abang pun. Kan Zura anggap abang macam abang Zura, abang pun anggap Zura macam adik abang kan?”

“Ye ke, bukan Zura memang ada hati dengan abang ke? Tu sebab Zura rapat dengan abang kan?”

Tersentak aku dengan jawapan yang diberikan oleh Abang Zaffri. Soalan aku dijawab dengan soalan juga. Aku tak sangka seseorang yang aku anggap abang mengeluarkan kata-kata yang sebegitu pada aku. Sangka aku, bila aku mengadu tentang Kak Dalila dia akan menyokong kata-kata aku tapi rupa-rupanya dia pun berprasangka macam Kak Dalila dan kawan-kawannya. Aku meletak kembali buku Sejarah ke raknya dan kembali ke meja meninggalkan Abang Zaffri berdiri di rak buku tersebut.

“Nak pergi mana?” soal Suhana semasa berselisih dengan aku di depan bilik red-spot.

“Balik,” jawabku ringkas.

“Balik? Kita baru datang kan,”

“Aku sakit perut la. Kau nak stay sini takpelah, aku balik sorang,” Aku meneruskan langkah meninggalkan Suhana. Sebenarnya aku bukan sakit perut tapi sakit hati. Sakit hati dengan kata-kata Abang Zaffri terhadapku tadi. Macam lah aku yang nak rapat dengan dia, sedangkan dia sebenarnya yang beria-ia nak rapat dengan aku, nak jadikan aku adik angkat sebab takde adiklah kononnya. Tiba-tiba hari ni bila aku mengadu tentang perangai makwe dia yang suka jeling-jeling aku, dia kata aku suka kat dia…tolonglah..jeritku dalam hati.

“Zura! Nak pergi mana?”

Aku meneruskan langkah, enggan berhenti atau menjawab panggilan tersebut.

“Zura! Aimy Aizura!”

Sibuk je panggil aku, tak kuasa nak layan, bisikku sambil menambah kelajuan langkahku.

“Zura! Nantilah,”

Langkah ku terhenti apabila tanganku ditarik.

“Abang nak apa?” soalku keras.

“Kenapa ni?”

“Kenapa apa? Zura nak balik dorm,”

“Merajuk dengan abang ye?”

“Merajuk? Tak kuasa nak merajuk dengan abang. Yang abang kejar Zura ni kenapa? Zura nak balik dorm,”

“Memang Zura merajuk dan marah pada abang ni. Zura baru sampai library dah nak balik. Peliknya,”

“Takde apa yang pelik, bang. Abang pergilah masuk library balik. Nanti Kak Dalila nampak susah Zura nak jawab,”

“Dalila takde,”

“Tak kisahlah apa pun. Yang penting Zura tak nak sesiapa pun salah sangka dengan Zura termasuklah abang. Bye,” ujarku lalu melangkah meninggalkan Abang Zaffri yang pastinya tercengang-cengang. Siapa suruh menyakitkan hati aku.

= 7 =

Seminggu berlalu dan akhirnya MTS tiba ke penghujung. Petang nanti akan diadakan acara penutup. Bagi kumpulan yang terbaik akan mendapat hadiah begitu juga dengan pelajar baru yang terbaik. Aku tak mengharapkan apa-apa hadiah pun. Kalau ada, adalah.

“Saat yang dinanti telah tiba. Kumpulan terbaik secara keseluruhan jatuh kepada kumpulan nombor 3. Dijemput ketua kumpulan untuk naik ke pentas menerima hamper,”

“Kumpulan kita dapat,” bisik Suhana gembira. Aku hanya menganggukkan kepala.

“Dijemput ketua kumpulan naik ke pentas untuk menerima hamper dari pihak JK MTS,”

“Khairul, pergilah naik,”

“Suruh Aimy naik. Dia duduk kat tepi tu,” beritahu Khairul. Aku hanya memandang.

“Aku bukan ketua lah, kau ketua,” balasku.

“Naik ajelah, kau kat tepi. Cepatlah, orang tunggu tu,” suruh Khairul. Dengan perasaan geram dan tak puas hati, aku bangun dan menuju ke pentas. Nasib baik Abang Firdaus yang bagi hadiah, dibuatnya Abang Zaffri yang bagi, kes naya je…

“Baiklah, seterusnya untuk hadiah individu, ada dua kategori. Lelaki dan perempuan. Dijemput Zaffri untuk menyampaikan hadiah,” ujar Syed Naim.

“Kategori lelaki jatuh kepada Mohd. Hakim b. Zainal manakala kategori perempuan jatuh kepada Aimy Aizura bt. Kamarul. Dijemput kedua-duanya naik ke pentas untuk menerima hamper,”

Aku terkejut mendengar namaku disebut dan paling mengejutkan, aku perlu naik ke pentas dan menerima hadiah dari Abang Zaffri. Oh, tidak…

“Zura, apa lagi tu. Cepatlah, Hakim dah turun dah,”

“Hah?!” aku tersentak apabila disiku oleh Suhana dan secara automatic aku terus berdiri dan melangkah ke pentas.

“Tahniah. Lepas ni boleh la belanja abang,”

“Terima kasih,”

Semasa turun dari pentas dan ingin menuju ke tempat dudukku di barisan belakang, aku sempat menangkap jelingan beberapa orang kakak senior kepadaku. Salah seorangnya ialah Kak Dalila. Kenapa pulak jelling-jeling kat aku, hatiku tertanya-tanya dengan sikap mereka. Pelik rasanya.

“Apsal Kak Dalila and the geng jeling semacam je kat aku,” luahku pada Suhana dan Intan sebaik saja aku tiba di tempat dudukku.

“Kak Dalila dan the geng jeling kat awak?” soal Intan inginkan kepastian. Aku menganggukkan kepala.

“Entah, kenapa ek…”

“Aku tau kenapa,” bisik Suhana. Aku dan Intan memandang Suhana serentak.

“Sebab….Abang Zaff minat kat kau. Tu pasal la dia jeling kau macam tu,”

“Memandai je buat spekulasi. Sekeh kang baru tau,” ujarku geram.

“Betul. Sejak malam mula ari tu kan, aku tengok Abang Zaff tu lain macam je tau. Aku tau dia asyik tengok kau je. Bila ada je LDK dia mesti akan tengok kau. Kau je yang tak perasan atau buat-buat tak perasan,” luah Suhana dan sesungguhnya pernyataan yang keluar dari mulutnya membuatkan aku terpana. Begitu juga dengan Intan.

“Ye ke, Sue?” soal Intan. Suhana menganggukkan kepala. Aku pula menggelengkan kepala. Suka dia je nak buat cerita budak Sue ni.

“Awak jangan nak dengar kelentong Sue ni, Intan. Entah apa-apa je,”

“Tapikan, Zura. Kalau betul pun apa salahnya, kita suka tengok muka Abang Zaff tu. Macam padan la dengan awak,”

“Aduh…penyakit Sue dah jangkit kat Intan pulak. Gasak koranglah, malas nak layan,” jawabku lalu menumpukan perhatian ke depan. Kalaulah betul apa yang Sue kata, habis aku. Mesti kakak-kakak tu anti kat aku nanti, bisikku.
“Tunggu kita tau. kita nak call mak kita kejap,”

“Okey, kami tunggu kat kerusi tu ye,” kataku sambil menunjuk ke arah sebuah kerusi batu berhampiran pondok telefon tersebut.

“Aku rasa kan, Intan tu anak manja. Kau tengoklah gaya dia bercakap tu,” kata Suhana ketika kami sedang menanti Intan.

“Mungkin la tapi dia ada adik tau,” aku memaklumkan kepada Suhana.

“Mesti jarak diarorang jauh…eh…”

“Kenapa?” soalku apabila Suhana tiba-tiba berhenti bercakap.

“Tu, Kak Dalila and the geng datang sini lah,”

“Mana?” soalku.

“Itu…” tunjuk Suhana. Tiba-tiba aku rasa macam seram sejuk. Kenapa jadi macam tu aku pun tak tau. Alamak, betullah dia datang sini, apa aku nak buat. Bertenang Zura, bertenang, bisikku.

“Tahniah!” ujar Kak Dalila kepadaku.

“Tahniah? Untuk apa, kak?”

“Terpilih untuk pelajar terbaik MTS. Akak tengok Zura confident je bila bercakap. Memang tak salah akak calonkan Zura untuk jadi pengawas sekolah,” terang Kak Dalila. Pengawas sekolah, alamak…

“Ish..akak ni, pandai-pandai je. Mana ada, Zura biasa-biasa je, tak payahlah calon untuk jadi pengawas. Tak sesuai,” jawabku merendah diri. Suhana hanya diam memerhatikan aku dan Kak Dalila berbual.

“Akak dah calonkan dah. Lagipun bukan akak sorang je yang calonkan Zura tapi Hariz pun calonkan Zura. Dialah yang bagi nama Zura untuk jadi salah seorang calon pengawas tingkatan 4,”

“Hariz? Siapa?” soalku pelik kerana aku tak kenal sesiapa yang bernama Hariz. Kak Dalila ni silap orang agaknya, bisikku.

“Hariz Zaffri, facilitator kumpulan Zura,”

“Abang Zaff?” soalku terkejut.
“Ya. Dia tu Ketua Pengawas jadi masa MTS ari tu dia sentiasa perhatikan mana-mana junior yang berbakat untuk jadi pengawas. Zura salah seorang daripadanya,” terang Kak Dalila panjang lebar. Sungguh aku tak sangka Abang Zaff tu Ketua Pengawas, takde gaya langsung, simple je.

“Oo..” hanya itu yang keluar dari mulutku kerana masih terkejut.

“Akak balik dulu, tu kawan-kawan dah tunggu. Mungkin dalam minggu dean ada interview untuk pengawas baru so, best of luck,”

“Thanks, kak,”

“Wah, dasyat kau! Dah tercalon untuk jadi pengawas dan yang mencalonkan bukan calang-calang orang tapi Ketua Pengawas,”

“Ish…harap-harap tak dapatlah jawatan tu. Malas la,”

“Kau ni, kalau dapat kan bagus. Boleh la kau selalu bersama Abang Zaff. Aku rasa Abang Zaff calonkan kau sebab dia nak kau ada selalu dengan dia tu,”

“Mula dah perangai mengarut dia tu. Tolonglah, Sue. Aku tak suka la kau buat gossip ntah apa-apa ni. Dengar kat Abang Zaff ke, sapa ke kan ke malu jadinya,” marahku pada Suhana.

“Eleh..usik pun tak boleh tapi kalau betul okey apa,”

“Sue!! Jangan nak mengada!!”

“Apsal ni? Kenapa awak marah-marah ni, Zura?” soal Intan yang baru saja muncul di hadapan aku dan Sue.

“Minah ni ada wayar tercabut, itu yang saya marah kat dia,”

“Wayar tercabut? Wayar apa?”

“Mana ada wayar tercabutlah. Aku saja usik Zura dengan Abang Zaff. Abang Zaff calonkan Zura untuk jadi pengawas dan jadi calon isteri dia,” usik Suhana lagi.

“Sue!! Sekali lagi kau cakap macam tu, aku tak cakap dah dengan kau,” ugutku. Runsing apabila digossiplan macam tu. Rimas.

“Okey, ampun tuan puteri. Hamba janji lain kali hamba tak usik lagi dah. Tuan puteri ampunkan hamba, ya,”

Aku hanya diam. Geram dengan sikap Suhana. Aku membuka langkah, ingin pulang ke asrama. Namun baru beberapa langkah,aku terdengar namaku dipanggil lantas aku menoleh.

“Ya, kenapa?”

“Abang dah calonkan nama Zura untuk pengawas tingkatan 4. interview minggu depan so Zura prepare la ya. Abang bagitau ni supaya Zura tak terkejut kalau tiba-tiba kena panggil jumpa guru disiplin dan pengetua,” beritahu Abang Zaffri padaku.

“Zura dah tau, tadi Kak Dalila dah bagitau,” jawabku jujur.

= 6 =

“Jom kita duduk kat depan,” ujarku mengajak Intan dan Suhana ke depan.

“Janganlah depan sangat. Kita takut la,”

“Awak nak takut apa, Intan?” soalku dan Suhana serentak.

“Kita takut kalau kena panggil pergi naik atas pentas tu. Kena buli ke,” luah Intan.

“Ish…tak kan la kita kena buli pulak. Kita semua baru je kat sini. Jom lah, kita duduk kat barisan ketiga,” ujarku sambil menarik tangan Intan. Suhana tak ada masalah, dia pun jenis berani dan brutal macam aku juga. Akhirnya Intan terpaksa juga mengikut aku dan Suhana duduk di barisan ketiga. Sejuk jari-jemarinya masa aku tarik tangannya tadi. Intan, Intan, bisikku dalam hati.

“Assalamualaikum semua. Tolong penuhkan kerusi yang di depan,”

“Nasib kita dah dekat depan, kalau tak kena bangun juga,”

“Betul tu,” jawabku menyokong kata-kata Suhana. Intan hanya diam. Setelah semua yang dibelakang bangun memenuhkan kerusi di bahagian depan, majlis dimulakan.

“Nama abang, Syed Naim. Abang adalah Pengerusi Minggu Taaruf & Silaturrahim untuk adik-adik semua. Ada 10 AJK di bawah pengawasan abang. Tujuan MTS ni diadakan bukan untuk membuli adik-adik semua tapi untuk memberi peluang kepada adik-adik mengenali abang dan kakak senior dengan lebih dekat lagi. Ada beberapa tugasan yang adik-adik perlu buat. Ada juga aktiviti kumpulan. Untuk pengetahuan adik-adik semua, adik-adik telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan ada seorang AJK dan pengawas,”

“Harap-harap kita satu kumpulan,” bisikku pada Intan dan Suhana.

“Aku harap pun macam tu juga,” balas Suhana sementara Intan masih mendiamkan diri.

“Wei…relaks la, kana bang tu dah bagitau takde sapa akan buli kita,” bisik Suhana pada Intan.

“Ye ke, entah-entah dia tipu je,” balas Intan.

“Tunggu je lah. Janganla takut sangat, buat biasa je,” pujukku pula. Kesian pula tengok Intan yang takut-takut tu. Ni mesti anak manja, bisikku.

Selepas Abang Syed Naim bercakap, ada seorang senior perempuan pula yang bercakap. Kak Dalila namanya, muka serius je tapi harap-harap dia tak garang. 30 minit kemudian, kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.

“Fazli, Imran, Aqilah, Aimy Aizura, Suhana, Khairul satu kumpulan dengan Abang Zaffri. Abang Zaffri belum sampai tapi adik-adik boleh duduk di meja nombor tiga tu,” ujar Syed Naim.

“Intan tak satu kumpulan dengan kita lah. Kesian dia,” bisik Suhana.

“A’ah lah. Menggelabah la jadinya dia tu. Harap-harap dia dapat group members yang okey,” jawabku sambil berharap teman yang seorang tu akan okey. Aku melambai pada Intan sewaktu kami bergerak ke meja nombor tiga.

“Macam mana ek rupa Abang Zaffri tu,” bisik Suhana padaku.

“Entah. Mungkin handsome, mungkin cute, mungkin biasa-biasa je,” jawabku acuh tak acuh. Kurang berminat untuk berbicara tentang senior yang belum muncul-muncul itu. Aku sekadar melayan perasaan manakala Suhana berbual-bual dengan ahli kumpulan yang lain.

“Sorry, adik-adik semua. Abang ada meeting dengan guru disiplin tadi. So, this is my juniors. Boleh perkenalkan diri tak?”

Suara lelaki yang tiba-tiba kedengaran itu menyentakkan aku dari lamunan. Nasib takde lemah jantung kalau tak, sure dah ‘jalan’ tapi sebenarnya salah aku juga, mengelamun time-time macam tu. Ish..malasnya nak memperkenalkan diri, nasib aku bukan yang pertama. Aku mendengar dengan tekun nama ahli kumpulanku. Akhirnya tiba giliran aku pula untuk memperkenalkan diri. Aku berdehem untuk membetulkan suara.

“Amboi…siap betulkan suara lagi,” ujar Zaffri. Aku hanya tersenyum kemudian memulakan sesi perkenalan.

“Nama saya Aimy Aizura bt. Kamarul. Ayah saya pensyarah, mak saya surirumah dan saya ada seorang kakak. itu saja, sekian,”

“Aik? Itu saja? Adik berapa orang?” soal Zaffri, mungkin tidak puas hati dengan maklumat tentang aku.

“Saya tak ada adik sebab sayalah adik,” jawabku sambil tersenyum.

“Anak bongsu rupanya, mesti manja. Takpe ke tinggal di asrama, berjauhan dengan keluarga?”

Banyak songehla dia ni, rungutku.

“Okey je,” jawabku selamba. Aku berdoa agar dia tidak menyoalku lagi. Tak suka nak cerita panjang-panjang tentang diri aku.

“Okey, last person,” ujar Zaffri dan aku menarik nafas lega. Akhirnya kami 6 orang selesai memperkenalkan diri dan tiba giliran Abang Zaffri memperkenalkan diri dia.

“Okey…nama abang Hariz Zaffri b. Maleek tapi kawan-kawan panggil Zaff dan adik-adik boleh panggil Abang Zaff. Abang berasal dari Ipoh, Perak. Abang anak tunggal, single lagi so kalau Aimy, Suhana atau Aqilah nak apply jadi makwe abang, silakan,” ujar Abang Zaffri sambil ketawa. Aku hanya menjeling, tak pasal-pasal je sebut nama aku dulu. Tak kuasa nak jadi makwe dia, jawabku tapi dalam hati sajalah.

Malam itu dihabiskan dengan sesi suaikenal dan penerangan tentang tugasan yang perlu kami buat. Tugasan individu dan juga tugasan kumpulan. Pada aku, tugasan yang diberikan tidaklah terlalu berat tapi takut juga kalau-kalau ada abang atau kakak senior yang membuli semasa kami mahu mengambil tandatangan mereka tu.

“Okey, dah pukul 10.30. Kita bersurai, selepas ni adik-adik boleh ke dewan makan untuk supper. Esok pagi kita semua akan berkumpul di sini pukul 8 pagi. Jangan lewat, siapa yang lewat akan didenda,” tiba-tiba suara Syed Naim bergema di dalam dewan itu.

Aku menarik nafas lega. Bukannya apa, rasa kurang selesa kerana aku tak boleh nak lari dari pandangan mata seseorang. Kalau la aku ada magic memang aku dah hilangkan diri aku dari pandangan mata orang tu. Aku cepat-cepat bangun dan menarik Suhana mengikut aku, dah tak sabar rasanya nak ‘landing’ atas tilam di dorm.

“Amboi…lajunya dia. Tak lari minuman kat dewan makan tu,” tegur satu suara. Aku dan Suhana menoleh.

“Bukan takut minuman lari tapi mata dah tak larat nak angkat. Nak tidur,” jawabku selamba. Suhana hanya senyum.

“Tak pergi supper?”

“Malas la. Okeylah, saya balik asrama dulu, ya. Jumpa esok pagi,” ujarku lalu melangkah dengan lebih pantas. Terkocoh-kocoh Suhana mengikut langkahku.

“Kau ni…lajunya berjalan. Nak kejar apa?”

“Kejar tilam. Tilam aku kat dorm tu dah berlari-larian dah. Kalau lambat nanti tak sempat nak kutip balik,” jawabku.

“Banyaklah kau punya tilam berlari. Tak nak gi supper ke?”

“Aku malas. Kalau kau nak pergi kau pergi dengan Intan,”

“Betul ni tak nak pergi?” soal Suhana sebaik saja kami tiba di kaki tangga asrama.

“Ya, betul. Malas nak pergi, mengantuk,”

“Mengantuk atau mengelak?” soal Suhana sambil senyum-senyum. Aku mengerutkan dahi, mengelak apa pulak.

“Mengelak apa?” soalku tidak faham.

“Ala…buat-buat tak tahu pulak. Mengelak dari abang tadi tu,” beritahu Suhana sambil tersenyum.

“La…tak kuasanya aku. Dah la, kau tunggu Intan kat sini, aku nak naik dorm, nak tidur,”

“Tak sabar nak mimpikan Abang Zaff la tu,” usik Suhana. Aku menjegilkan mata.

“Kalau ye pun kau nak bercakap, perlahan la sikit. Nanti dengar dek kakak senior tu apa pulak diaorang kata. Nanti tak pasal-pasal aku kena kutuk,” marahku pada Suhana. Mulut takde insuran, bisikku geram.

“Sorry, lain kali aku cakap slow-slow. Tu, Intan dah sampai. Bye,kita jumpa kat dorm ek,”
Aku hanya menganggukkan kepala dan melangkah naik ke dorm.

“Tak nak minum ke, Zura?” soal Intan. Aku hanya menggelengkan kepala.

Tuesday, January 2, 2007

= 5 =

“Jangan nakal-nakal tau. Dengar cakap cikgu, seniors. Kalau ada apa-apa hal bagitau cikgu atau call rumah,”

“Baik umi. Zura tak akan nakal-nakal macam kat rumah tu. Zura akan dengar dan ikut cakap cikgu, kakak-kakak senior. Umi jangan risaulah,” ujarku pada umi.

“Seminggu sekali call rumah ye,” pesan umi lagi. Aku hanya menganggukkan kepala. Macam-macam yang dipesan dek umi, aku tengok abah dan Kak Yana relaks je.

“Sudahlah tu, pandailah Zura jaga diri dia. Kalau risau sangat kita bawa balik Zura ke rumah,” Aku memandang ke arah abah yang tiba-tiba saja bersuara.

“Mana boleh. Zura nak sekolah kat sinilah, abah,” kataku pada abah.

“Abah tau, saja abah nak usik umi kamu. Risau nak tinggalkan kamu dekat sini,”

“Ala, umi. Zura tu bukannya darjah 1 tapi tingkatan 4 dah. Pandailah dia jaga diri dia. Umi tu risau yang bukan-bukan,” ujar Kak Yana pula.

“Umi bukan apa, kamu berdua mana pernah berpisah dengan umi dan abah. Tiba-tiba Zura nak tinggal dekat hostel, umi risau la juga,” ujar umi meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

“Umi jangan risau, okey. Pandailah Zura sesuaikan diri Zura kat sini. Nanti setiap minggu Zura call rumah cakap dengan umi. Boleh umi?” ujarku memujuk umi. Aku tau umi berat nak lepaskan aku tinggal di asrama tapi terpaksa mengalah apabila aku mendesak. Aku mahu merasa pengalaman tinggal di asrama. Puas sudah rasanya tinggal di rumah.

“Okeylah, kami balik dulu. Nanti lagi 2/3 minggu, kami datang lawat Zura kat sini. Kalau duit dah habis call rumah tak pun call Kak Yana kamu. Nanti abah bank-in duit atau datang sini,”

“Okey,” jawabku pendek. Setelah bersalaman dengan umi, abah dan Kak Yana, aku melangkah meninggalkan perkarangan masjid dan naik ke asrama. Macam-macam perasaan yang aku rasa sekarang. Ada rasa sedih, rasa gembira, rasa takut pun ada. Macam manalah pelajar dan cikgu kat sini, harap-harap semuanya baik-baik belaka, bisik hatiku mengharap.

“Mak ayah awak dah balik?” tanya Intan sebaik saja aku tiba di dorm. Aku memandangnya dan tersenyum.

“A’ah. Baru je. Rasa sedih la pulak,”

“Samalah. Kita pun rasa sedih juga. Ini first time kita duduk jauh dari family kita,” ujar Intan. Nampaknya bukan aku seorang yang sedih, bisik hatiku.

“Saya pun first time juga tapi saya rasa seronok pun ada sebab kat sini mesti dapat kawan baru dan pengalaman baru. Awak dah habis kemas locker?”

“Sudah, kita ambil locker yang kat tepi tingkap tu. Sebelah locker tu takde orang lagi, kalau awak nak ambil yang tu pun okey,”

“Tak kisahlah yang mana pun. Janji ada locker untuk simpan barang-barang. Awak katil atas ek?” soalku memandang Intan yang bersimpuh di atas lantai.

“A’ah atas. Awak duduk katil bawah kita nak? Senang kita nak lepak katil awak,”

Amboi..pandai je nak lepak katil aku, tapi takpelah tak kisah, bisikku.

“Boleh juga. kita berdua je kan kat bilik ni, mana yang lain?” soalku.

“Kita rasa ramai yang kat dewan atau kat kantin. Mungkin petang nanti baru penuh,”

“Mungkin juga. Awak orang mana, Intan?”

“Kita orang Kedah. Pernah sampai sana?”

“Saya pernah sampai Alor Star. Ayah saya ada ramai kawan kat sana. Awak Kedah kat area mana?”

“Kita dekat Sungai Petani. Awak dari mana?”

“Saya dari Ipoh,”

“Awak nak kemas barang ke? Kita tolong ye, kita pun takde buat apa-apa,” ujar Intan menghulurkan bantuan.

“Tak payahlah, awak rehat je. Barang saya tak banyak pun,” ujarku menolak. Tak wajar rasanya ingin meminta bantuan Intan kerana dia pun tentu penat tambahan dia dating dari jauh pulak tu.

“Malam ni semua kena pergi dewan kan? Kita takutlah,”

“Takut? Awak takut apa?” soalku pelik.

“Takut la. Takut kena buli dengan abang-abang dan kakak-kakak. Kita selalu dengar cerita kalau baru-baru masuk asrama mesti kena buli dengan abang-abang atau kakak-kakak,” cerita Intan bersungguh-sungguh. Aku tersenyum.

“Iya ke? Tapi sepupu saya dulu masuk asrama tak kena buli pun. Awak ni dengar cerita tak betul kot,”

“Betul, saya dengar kawan-kawan saya cerita. Diaorang ada abang dan kakak yang duduk kat asrama,”

“Erm…ntahlah, tak tau nak kata apa. Kita tunggu ajelah malam nanti,”

= 4 =

“Okey, aku nak tuntut janji kau tadi,” ujar Adiyanti ketika kami sama-sama duduk menonton televisyen di ruang tamu.

“Janji? Janji apa?” soalku pura-pura tidak tahu.

“Jangan nak mengada ye. Tadi kau juga yang janji nak cerita kenapa kau tak nak kalau aku nak matchkan kau dengan staf baru company kita tu,”

“Oh…janji tu, aku ingatkan tadi janji apa,” ujarku sambil ketawa kecil. Adiyanti hanya menjegilkan matanya ke arahku.

“Cepatlah. Kalau kau tak nak cerita aku tetap nak matchkan kau dengan dia. Kalau kau cerita mungkin aku boleh consider sama ada nak matchkan atau KIV dulu. Cepatlah,” desak Adiyanti.

“Kau ni kan memang tak sabar la, makcik. Kejap la bagi aku ambil nafas dulu. Cerita ni panjang nanti semput aku jadinya kalau nafas tak cukup,”

“Mengadanya! Cepatlah aku dah tak sabar ni,”

“Tapi ceritanya panjanglah, Adi,” ujarku cuba mengelak dari bercerita.

“Takpe, esok kita bukan kerja pun, cuti kan. cepatlah!!!”

“Okey…okey…sebenarnya aku dah kenal Hariz Zaffri tu,”

“Dah kenal? Maksud kau, kau memang dah kenal dengan dia sebelum boss kenalkan kau siang tadi?” soal Adiyanti inginkan kepastian.

“Ya, aku dah kenal dia sebelum Fakhrul kenalkan kami tadi. Tapi aku tak pasti dia ingat dan kenal aku lagi atau tak sebab cara dia tadi selamba je macam tak kenal atau tak ingat aku pun,”

“Macam mana kau boleh kenal?”

“Aku kenal masa sekolah dulu lagi. Macam ni ceritanya….” Ujarku lalu kenangan zaman persekolahan serta perkenalan aku dan Abang Zaff, aku singkap semula walaupun sebenarnya semua itu telah aku simpan sebaiknya. Sungguh aku tak sangka bahawa hari ini aku terpaksa membuka semula lipatan kenangan yang tersimpan rapi itu.


= 3 =

Aku memejamkan mata seketika. Tiba-tiba telefon bimbitku mengalunkan lagu Lelaki Idaman. Telefon di tepi meja dicapai lalu flip Nokia 6131 itu dibuka. Umi, bisik hatiku.

“Assalamualaikum. Anak umi apa khabar?”

“Waalaikumussalam, umi. Anak umi ni sihat je. Umi sihat? Abah sihat?”

“Umi dan abah sihat. Kenapa lama tak balik rumah? Telefon pun tidak?”

“Sori, umi. Bukan Zura sengaja tak nak balik atau tak nak call tapi Zura banyak kerja. Ingat nak call umi tapi masa ingat tu dah pukul 11.30, pukul 12 malam. Takkan nak call. Nanti umi atau abah terkejut pulak. Nanti semua ingat ada emergency,” ujarku memberikan jawapan yang dirasakan munasabah. Tapi memang pun, di saat aku teringat untuk membuat panggilan ke rumah, jam dah menunjukkan lewat malam, takkan nak call juga.

“Asyik dengan kerja. Hujung minggu ni balik ya,” ujar umi mengharap aku pulang tapi aku dah ada rancangan dengan Adi.

“Alamak…tak bolehlah, umi. Zura kerja sikit dengan Adi,”

“Kerja apa?” soal umi ingin tahu.

“Zura kena temankan Adi pergi rumah bakal mak mertua dia. Adik Nasrul nak bersunat jadi parent dia nak buat kenduri sikit. Kesianlah dekat Adi kalau Zura tak temankan dia. Minggu depan Zura balik, ya,” ujarku memberitahu hal yang sebenar kepada umi. Harapanku agar umi tak kecil hati sebab aku tak dapat nak balik rumah.

“Okeylah kalau macam tu. Tapi Zura mesti balik next week,”

“Insya-allah, umi. Kalau takde aral yang melintang, Zura balik,”

“Baiklah. Nanti umi call lagi. Nak harapkan anak umi call, takde lah. Nanti sampaikan salam umi pada Adi,”

“Nanti Zura call umi. Sampaikan salam Zura untuk abah dan untuk Kak Yana juga kalau dia ada call,”

“Insya-allah. Assalamualaikum,” ujar umi mengakhiri perbualan kami.
“Waalaikumussalam,” jawabku lalu menutup flip telefon dan meletakkan kembali ke tepi meja.

“Cik Aizura, Cik Adi nak jumpa,”

“Okey, Lia. Suruh dia masuk,” ujarku kepada Dahlia.

Tidak lama kemudian muncul Adi di depanku.

“Selalu main terjah je, apsal petang ni jadi sopan-santun?” soalku menyindir Adi.

“Sebab aku tak naklah kawan aku pengsan kalau aku terjah. Kawan aku yang sorang ni kalau dah buat kerja mana nak peduli apa yang jadi kat keliling dia. Silap-silap hari bulan rebut kat depan muka pun tak perasan,” perli Adi. Aku buat-buat tak dengar sindirannya.

“Umi kirim salam pada kau,” Aku menyampaikan salam umi untuk Adi sebelum aku terlupa.

“Bila kau call umi?”

“Umi yang call aku tadi. Umi suruh balik weekend ni tapi aku bagitau la yang aku dah janji nak temankan kau ke rumah Nasrul,”

“Ya tak ya. Nyaris-nyaris aku terlupa yang kita kena bermalam kat rumah parent dia weekend ni. Kalau terlupa habis aku kena bebel dengan mamat tu,” ujar Adi mengeluh kecil.

“Dah siap ke akaun kau tadi? Sempat juga kau mengorat ye,”

“Dah siap dah. Dah hantar pun pada En. Razak. Eh, kau kata aku mengorat? Bila masa pulak aku mengorat,”

“Tadi kau juga yang bagitau aku yang kau dah jumpa lelaki yang kau cerita tu. Bukan masa tu kau tengah buat kerja ke?” soalku pelik.

“Oo..yang itu? Aku tak mengoratlah cik kak. Mamat handsome yang aku nak kenenkan dekat kau tu kerja kat sini. Aku rasa kau dah jumpa dia dah,”

“Siapa?”

“System analyst yang baru tu. Dia lah yang aku jumpa pagi tadi,” beritahu Adi.

“What?! That guy?” soalku terkejut. Adiyanti hanya menganggukkan kepala.

“Kalau that guy yang kau nak kenenkan pada aku, better forget it,” ujarku.

“Kenapa? Good looking, kerja pun bagus. Sama level dengan kau. Takdelah nak bergaduh siapa yang lebih hebat,”

“Nope..kalau that guy, aku tak nak. Thanks,” jawabku tegas.

“Kenapa?” soal Adi tidak puas hati dengan jawapan yang aku berikan.

“Kau nak tau kenapa?”

“Ya, kenapa?”

“Aku tak boleh bagitau sekarang tapi yang pasti aku tak nak. Cukuplah aku rasa terseksa nak bekerja dengan dia nanti,”

“Kenapa? Kenapa tak boleh bagitau sekarang?” soal Adi lagi. Aku hanya menggelengkan kepala. Kenapalah kau muncul sekarang ni, bisik hatiku.

“Aku bagitau masa kat rumah nanti, kat sini tak sesuai. Lagi pun kita dah nak balik kan?”

“A’ah, dah nak balik. Okey, promise kau akan bagitau kat rumah nanti,”

“Yup, promise. Jom, aku nak siap barang. Kita jumpa kat lobby around 10 minutes. Boleh?” soalku pada Adi.

“Okey, see you then,” jawab Adi lalu melangkah keluar dari bilikku. Aku berfikir sejenak. Rasa berat kepala aku jadinya dengan masalah yang tiba-tiba saja melanda. Kenapalah Adi jumpa kau pagi tadi, tak pasal-pasal dia nak matchkan aku dengan kau, desis hatiku.


Monday, January 1, 2007

= 2 =

“Staff baru tu dah sampai ke, Mila?” soalku sebaik saja tiba di depan meja setiausaha Fakhrul.

“Baru tak baru lah tapi adalah dalam 5 minit. Akak masuklah, boss dah tunggu akak tu,”

“Okey, thanks,”

Aku membuka pintu bilik Fakhrul setelah mendengar arahan dari Fakhrul dan sesungguhnya aku terkejut melihat susuk tubuh yang sedang membelakangkanku itu. Sangkaku teman sekerjaku yang baru seorang perempuan tetapi lelaki rupanya.

“Come, Zura. Saya kenalkan awak dengan rakan setugas awak ni,”

Aku melangkah dengan penuh hati-hati. Entah mengapa hatiku terasa amat berdebar, macam ada sesuatu yang tak disangka akan berlaku padaku sebentar lagi. Bertenang Zura, bisik hatiku. Aku melemparkan senyuman kepada Fakhrul yang sedang memandang ke arahku.

“Kenalkan, ini Aimy Aizura. System analyst syarikat ini. Dan ini Hariz Zaffri,” ujar Fakhrul memperkenalkanku dan lelaki tersebut. Macam pernah dengar je nama tu, bisik hatiku dan aku rasa seperti mahu pitam sebaik saja lelaki yang disebutkan nama itu bangun dan menoleh ke arahku. Abang Zaff, bisik hatiku.

“Hai, selamat berkenalan,” ucap Hariz Zaffri sambil menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan.

“Hai,” jawabku sambil menyambut tangan yang dihulurkan. Aku dapat merasakan bahawa tangan dan tubuhku sedikit menggigil.

“Duduk, Zura, Hariz,” ujar Fakhrul memecahkan kesunyian yang tiba-tiba melanda biliknya. Aku hanya menurut.

“Saya bangga dapat berkenalan dan menjadi rakan setugas Cik Aimy. Saya selalu dengar Fakhrul cerita tentang Cik Aimy,”

Aku menjeling Fakhrul, apa juga yang lelaki ni ceritakan aku pun tak tahu, harap-harap semua cerita yang baik-baik belaka.

“Saya pun bangga dapat bertemu Encik Hariz. Saya rasa Encik Hariz mesti lebih banyak pengalaman dari saya, maklumlah pernah kerja di US kan,”

“Erm…takde la banyak mana tapi boleh lah untuk dikongsikan. Betul tak, Rul?”

“Ya, betul tu. Aku harap kau dan Zura dapat bekerjasama. Zura ni antara SA syarikat yang terbaik,”

“Dengarlah cakap Fakhrul tu, bukannya betul pun,” jawabku menafikan kata-kata Fakhrul.

Setelah hampir satu jam kami berbual dan bertukar-tukar cerita, aku meminta diri untuk kembali ke bilik.

“Okey, saya pun nak kenalkan Hariz dengan staf yang lain,”

“Okey, jumpa lagi nanti. Nice meeting u,” Ujarku sekadar berbahasa.

“Me too. See u soon,” jawab Hariz Zaffri.

Tidak berapa minit kemudian, aku tiba dibilik. Dengan segera aku menyiapkan kerja-kerja yang ditinggalkan sebelum keluar makan tengahari tadi. Sedang aku kusyuk menyiapkan kerja, telefon bimbitku mengalunkan lagu Hips Don’t Lie. Siapa pulak yang hantar sms ni, desis hatiku. Dalam masa yang sama, jari-jemariku pantas mencapai telefon bimbit di meja sebelah.

Guess what??!! Aku jumpa lelaki pagi tadi!!

Sms dari Adi rupanya. Segera aku membalas sms tersebut.

Jumpa kat mana? Mcm mana leh jumpa?

Tidak lama kemudian balasan diterima.

Kat sini, nanti aku bgtau. Kena siapkan akaun dulu…

Adi, Adi..sempat lagi buat kerja mengorat sambil siapkan akaun, ujarku sambil menggelengkan kepala dan tersenyum mengenangkan sikap teman baik yang seorang itu. Tiba-tiba aku teringatkan lelaki yang ditemui tadi. Kenapa tiba-tiba dia muncul kat depan mata aku, soalku perlahan. Aku termenung sejenak. Buntu!! Tak ada jawapan untuk persoalan tadi. Harap-harap dia tak perasankan aku siapa, doaku.

= 1 =

Aku masih setia mendengar celoteh Adi. Sejak aku masuk tadi hinggalah sekarang, Adi masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti bercakap.

“Adi, aku bagi kau 5 minit je lagi untuk kau habiskan ayat yang terakhir,” ujarku.

“Ala…cerita aku panjang lagi ni. Rugilah kalau aku stop kat sini je,” rungut Adi.

“Aku banyak kerjalah. Ni laporan system yang Fakrul nak tu aku belum semak lagi. Nanti tak pasal-pasal aku kena sound dia boss. Kau lainlah, boss tu ‘buah hati’ kau…hantar lewat pun sure tak kena sound punya,”

“Banyaklah kau punya buah hati. Kalau sungguh la boss tu buah hati aku, senang banyak aku jadinya. Tak payah datang kerja,”

“Okeylah, nanti kita sambung lah cerita terkini kau tu. Waktu lunch nanti ke,” ujarku memberikan cadangan. Bukannya aku tak berminat dengan cerita Adi tu, tapi ada kerja yang perlu aku bereskan.

“Lunch pun lunch la. Janji aku dapat kongsi cerita ni dengan kau. Mana tau masa aku cerita tu, lelaki ni muncul dapatlah aku tunjuk pada kau,”

“Ye lah. Jumpa nanti,”

Aku segera membuka laptop sebaik saja Adiyanti keluar dari bilikku. Kalau tak diberhentikan, mahu sampai balik pun ceritanya tak habis, bisikku sambil tersenyum mengenangkan Adiyanti. Aku meneliti dan membaca satu persatu ayat yang telah ditaip semalam, mahu memastikan bahawa tiada sebarang kesilapan ejaan dalam laporan yang disiapkan itu.

“Cik Aizura, boss nak jumpa sekarang,”

“Okey, thanks Mila. Sekejap lagi saya pergi,” jawabku. Setelah selesai, membaca, aku menekan butang print, mahu mencetak dokumen yang telah siap disemak itu. Setelah semuanya siap, aku bangun menuju ke bilik Fakhrul.

“Masuk,”

Aku melangkah masuk setelah mendengar suara Fakhrul memberi arahan tersebut Wwalaupun sebenarnya dia salah seorang temanku, tetapi aku harus menghormatinya sebagai ketua apabila bekerja.

“Sila duduk, Zura. Macam mana dengan laporan yang saya nak semalam?”

“Ini dia. System yang kita buat tu tak ada masalah, semuanya berjalan lancar,” jelasku walaupun tidak diminta berbuat demikian.

“Bagus, saya tahu awak boleh menjalankan tugas tu dengan baik. Oh, ya! Lepas lunch nanti, dalam pukul 2.30, saya nak kenalkan awak dengan seorang lagi system analisis. Dia ni baru balik dari US dan saya berharap sangat yang awak dan dia dapat bekerjasama dalam menjalankan tugas,”

“Baru balik dari US? Baru graduate ke?” soalku ingin tahu.

“Ye, baru balik dari US tapi bukan baru graduate. Dia dah lama graduate, bekerja di sana mencari pengalaman dan sekarang baru balik ke sini,” jelas Fakhrul.

“Kenapa dia tak terus tinggal di sana? Kenapa balik ke sini?” soalku lagi. Entah kenapa aku jadi ‘penyibuk’ sekejap. Perasaan ingin tahu tentang rakan setugas yang baru membuatkan aku kelihatan seperti seorang yang ‘busy-body’ sedangkan sebenarnya aku bukanlah seorang yang ‘busy-body’.

“Amboi….berbisa soalan awak tu, tak dapat saya nak jawab. Nanti bila saya kenalkan awak dengan dia, awak tanyalah apa yang awak nak,”

“Erm…bukan nak busy-body. Just wanna know my new clique,” jawabku sambil tersenyum. Tu la, eager sangat nak tau kan dah kena sound, desis hati kecilku.

“Kalau busy-body pun tak apa, janji kerja kena buat lah,”

“Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dulu,” ujarku meminta diri.

“Okey, I will get through this report. Kalau ada apa-apa saya akan panggil awak,” jawab Fakhrul. Mendengar saja jawapan tersebut dari mulut Fakhrul, aku bangun dan meninggalkan bilik tersebut. Jam ditangan kujeling. 11.30 dah, bisik hatiku. Aku mempercepatkan langkah. Ada satu lagi kerja yang perlu disiapkan sebelum keluar makan tengahari bersama Adi.

“Jom, dah pukul 12.30 dah,”

“Kau ni, masuk tanpa salam. Nasib baik aku tak pengsan sebab terkejut,” ujarku sambil mengurut dada. Terkejut mendengar suara Adiyanti yang datang tanpa salam itu.

“Sorry ye, aku dah ketuk dah pintu tu, dah bagi salam dah. Kau yang kusyuk sangat mengadap kerja tu, kau salahkan aku masuk tak ketuk pintu dan tak bagi salam. Memang nak kena lah tu,”

“Kena apa?” soalku sambil tersengih.

“Kena belanja aku lunch,” jawab Adiyanti sambil ketawa kecil. Aku hanya menggelengkan kepala melihat telatah Adiyanti.

“Jomlah cepat. Aku dah lapar dan tak sabar nak sambung cerita aku pagi tadi,”

“Ye lah. Tak sabar-sabar,”

Aku bangun dan mengikut Adiyanti yang telah pun melangkah keluar dari bilikku. Kami berjalan beriringan menuju ke cafeteria. Macam biasa, kami beratur memilih lauk mengikut selera masing-masing dan kemudiannya duduk di tepi tingkap yang mengadap kolam air pancut buatan manusia.

“Aku rasa kalau kau tengok lelaki tu mesti kau terpikat punyalah,”

“Pandai-pandai je kata aku terpikat. Aku tengok pun belum. Lainlah kau tu, dah jumpa pagi tadi. Kau tak terpikat ke?”

“Aku? Wajiblah aku terpikat tapi kan…kalau aku terpikat pun takde maknanya sebab aku kan dah bertunang. Mana aku nak letak tunang aku tu Cik Zura oiiii…”

“Nasib baik kau sedar yang kau tu dah bertunang. Kalau kau tak sedar, aku boleh sedarkan. Senang je, report kat Hazrul,” ujarku sambil ketawa kecil.

“Banyaklah kau punya report. Mentang-mentanglah tunang aku tu selalu soal-siasat tentang aku dari kau, kau nak kenakan aku ek….”

“Takde lah. Aku main-main je. Kau kan best-friend aku, takkan aku nak aniaya kawan baik aku kot… Eh, lelaki tu kerja kat bangunan ni ke?”

“Ntah, aku tak pasti. Mungkin ya mungkin tidak. Tak sempat nak tanya tapi kalau jumpa lagi aku nak tanya. Mana tau kot aku boleh ‘kenen’kan kau dengan dia,”

“Amboi…sukanya dia nak padankan aku dengan lelaki yang ntah sapa-sapa tu,”

“Aku rasa bukan ntah sapa-sapa. Dia ni mesti sapa-sapa sebab aku tengok dressing smart je,”

“Adi, sekarang ni kita tak boleh nak judge orang berdasarkan dressing tu. Ada juga yang dressing smart tapi penyangak dan yang dressing selekeh tu sebenarnya baik hati. Susah nak percaya zaman sekarang ni,”

“Tapi aku yakin lelaki tu somebody lah..maksud aku mungkin dia ni kategori yang baik-baik bukannya penyangak,”

“Eh, kau tau tak company kita ada SA baru,”

“SA baru? Tak tau pun, selalunya kalau ada mesti Kak Sal kat HR tu bagitau kita kan, especially kalau pekerja baru tu lelaki,”

“Agaknya kan, SA tu perempuan kot. Tu yang dia tak bagitau kita tu,” tekaku.

“Mungkin juga. Kau dah sudah ke?”

“Aku dah sudah. Kalau dah sudah, jom naik. Kejap lagi around 2.30, boss nak kenalkan aku dengan SA baru tu,”

“Kenalkan kau aje ke? Aku tak nak?” soal Adiyanti pelik.

“Ntah, mana aku tau. Mungkin sebab dia tu SA dan aku pun SA so boss introduce kitaorang dulu then baru introduce pada staff lain,”

“Yeah..maybe. Jom,”