Friday, January 5, 2007

= 6 =

“Jom kita duduk kat depan,” ujarku mengajak Intan dan Suhana ke depan.

“Janganlah depan sangat. Kita takut la,”

“Awak nak takut apa, Intan?” soalku dan Suhana serentak.

“Kita takut kalau kena panggil pergi naik atas pentas tu. Kena buli ke,” luah Intan.

“Ish…tak kan la kita kena buli pulak. Kita semua baru je kat sini. Jom lah, kita duduk kat barisan ketiga,” ujarku sambil menarik tangan Intan. Suhana tak ada masalah, dia pun jenis berani dan brutal macam aku juga. Akhirnya Intan terpaksa juga mengikut aku dan Suhana duduk di barisan ketiga. Sejuk jari-jemarinya masa aku tarik tangannya tadi. Intan, Intan, bisikku dalam hati.

“Assalamualaikum semua. Tolong penuhkan kerusi yang di depan,”

“Nasib kita dah dekat depan, kalau tak kena bangun juga,”

“Betul tu,” jawabku menyokong kata-kata Suhana. Intan hanya diam. Setelah semua yang dibelakang bangun memenuhkan kerusi di bahagian depan, majlis dimulakan.

“Nama abang, Syed Naim. Abang adalah Pengerusi Minggu Taaruf & Silaturrahim untuk adik-adik semua. Ada 10 AJK di bawah pengawasan abang. Tujuan MTS ni diadakan bukan untuk membuli adik-adik semua tapi untuk memberi peluang kepada adik-adik mengenali abang dan kakak senior dengan lebih dekat lagi. Ada beberapa tugasan yang adik-adik perlu buat. Ada juga aktiviti kumpulan. Untuk pengetahuan adik-adik semua, adik-adik telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan ada seorang AJK dan pengawas,”

“Harap-harap kita satu kumpulan,” bisikku pada Intan dan Suhana.

“Aku harap pun macam tu juga,” balas Suhana sementara Intan masih mendiamkan diri.

“Wei…relaks la, kana bang tu dah bagitau takde sapa akan buli kita,” bisik Suhana pada Intan.

“Ye ke, entah-entah dia tipu je,” balas Intan.

“Tunggu je lah. Janganla takut sangat, buat biasa je,” pujukku pula. Kesian pula tengok Intan yang takut-takut tu. Ni mesti anak manja, bisikku.

Selepas Abang Syed Naim bercakap, ada seorang senior perempuan pula yang bercakap. Kak Dalila namanya, muka serius je tapi harap-harap dia tak garang. 30 minit kemudian, kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.

“Fazli, Imran, Aqilah, Aimy Aizura, Suhana, Khairul satu kumpulan dengan Abang Zaffri. Abang Zaffri belum sampai tapi adik-adik boleh duduk di meja nombor tiga tu,” ujar Syed Naim.

“Intan tak satu kumpulan dengan kita lah. Kesian dia,” bisik Suhana.

“A’ah lah. Menggelabah la jadinya dia tu. Harap-harap dia dapat group members yang okey,” jawabku sambil berharap teman yang seorang tu akan okey. Aku melambai pada Intan sewaktu kami bergerak ke meja nombor tiga.

“Macam mana ek rupa Abang Zaffri tu,” bisik Suhana padaku.

“Entah. Mungkin handsome, mungkin cute, mungkin biasa-biasa je,” jawabku acuh tak acuh. Kurang berminat untuk berbicara tentang senior yang belum muncul-muncul itu. Aku sekadar melayan perasaan manakala Suhana berbual-bual dengan ahli kumpulan yang lain.

“Sorry, adik-adik semua. Abang ada meeting dengan guru disiplin tadi. So, this is my juniors. Boleh perkenalkan diri tak?”

Suara lelaki yang tiba-tiba kedengaran itu menyentakkan aku dari lamunan. Nasib takde lemah jantung kalau tak, sure dah ‘jalan’ tapi sebenarnya salah aku juga, mengelamun time-time macam tu. Ish..malasnya nak memperkenalkan diri, nasib aku bukan yang pertama. Aku mendengar dengan tekun nama ahli kumpulanku. Akhirnya tiba giliran aku pula untuk memperkenalkan diri. Aku berdehem untuk membetulkan suara.

“Amboi…siap betulkan suara lagi,” ujar Zaffri. Aku hanya tersenyum kemudian memulakan sesi perkenalan.

“Nama saya Aimy Aizura bt. Kamarul. Ayah saya pensyarah, mak saya surirumah dan saya ada seorang kakak. itu saja, sekian,”

“Aik? Itu saja? Adik berapa orang?” soal Zaffri, mungkin tidak puas hati dengan maklumat tentang aku.

“Saya tak ada adik sebab sayalah adik,” jawabku sambil tersenyum.

“Anak bongsu rupanya, mesti manja. Takpe ke tinggal di asrama, berjauhan dengan keluarga?”

Banyak songehla dia ni, rungutku.

“Okey je,” jawabku selamba. Aku berdoa agar dia tidak menyoalku lagi. Tak suka nak cerita panjang-panjang tentang diri aku.

“Okey, last person,” ujar Zaffri dan aku menarik nafas lega. Akhirnya kami 6 orang selesai memperkenalkan diri dan tiba giliran Abang Zaffri memperkenalkan diri dia.

“Okey…nama abang Hariz Zaffri b. Maleek tapi kawan-kawan panggil Zaff dan adik-adik boleh panggil Abang Zaff. Abang berasal dari Ipoh, Perak. Abang anak tunggal, single lagi so kalau Aimy, Suhana atau Aqilah nak apply jadi makwe abang, silakan,” ujar Abang Zaffri sambil ketawa. Aku hanya menjeling, tak pasal-pasal je sebut nama aku dulu. Tak kuasa nak jadi makwe dia, jawabku tapi dalam hati sajalah.

Malam itu dihabiskan dengan sesi suaikenal dan penerangan tentang tugasan yang perlu kami buat. Tugasan individu dan juga tugasan kumpulan. Pada aku, tugasan yang diberikan tidaklah terlalu berat tapi takut juga kalau-kalau ada abang atau kakak senior yang membuli semasa kami mahu mengambil tandatangan mereka tu.

“Okey, dah pukul 10.30. Kita bersurai, selepas ni adik-adik boleh ke dewan makan untuk supper. Esok pagi kita semua akan berkumpul di sini pukul 8 pagi. Jangan lewat, siapa yang lewat akan didenda,” tiba-tiba suara Syed Naim bergema di dalam dewan itu.

Aku menarik nafas lega. Bukannya apa, rasa kurang selesa kerana aku tak boleh nak lari dari pandangan mata seseorang. Kalau la aku ada magic memang aku dah hilangkan diri aku dari pandangan mata orang tu. Aku cepat-cepat bangun dan menarik Suhana mengikut aku, dah tak sabar rasanya nak ‘landing’ atas tilam di dorm.

“Amboi…lajunya dia. Tak lari minuman kat dewan makan tu,” tegur satu suara. Aku dan Suhana menoleh.

“Bukan takut minuman lari tapi mata dah tak larat nak angkat. Nak tidur,” jawabku selamba. Suhana hanya senyum.

“Tak pergi supper?”

“Malas la. Okeylah, saya balik asrama dulu, ya. Jumpa esok pagi,” ujarku lalu melangkah dengan lebih pantas. Terkocoh-kocoh Suhana mengikut langkahku.

“Kau ni…lajunya berjalan. Nak kejar apa?”

“Kejar tilam. Tilam aku kat dorm tu dah berlari-larian dah. Kalau lambat nanti tak sempat nak kutip balik,” jawabku.

“Banyaklah kau punya tilam berlari. Tak nak gi supper ke?”

“Aku malas. Kalau kau nak pergi kau pergi dengan Intan,”

“Betul ni tak nak pergi?” soal Suhana sebaik saja kami tiba di kaki tangga asrama.

“Ya, betul. Malas nak pergi, mengantuk,”

“Mengantuk atau mengelak?” soal Suhana sambil senyum-senyum. Aku mengerutkan dahi, mengelak apa pulak.

“Mengelak apa?” soalku tidak faham.

“Ala…buat-buat tak tahu pulak. Mengelak dari abang tadi tu,” beritahu Suhana sambil tersenyum.

“La…tak kuasanya aku. Dah la, kau tunggu Intan kat sini, aku nak naik dorm, nak tidur,”

“Tak sabar nak mimpikan Abang Zaff la tu,” usik Suhana. Aku menjegilkan mata.

“Kalau ye pun kau nak bercakap, perlahan la sikit. Nanti dengar dek kakak senior tu apa pulak diaorang kata. Nanti tak pasal-pasal aku kena kutuk,” marahku pada Suhana. Mulut takde insuran, bisikku geram.

“Sorry, lain kali aku cakap slow-slow. Tu, Intan dah sampai. Bye,kita jumpa kat dorm ek,”
Aku hanya menganggukkan kepala dan melangkah naik ke dorm.

“Tak nak minum ke, Zura?” soal Intan. Aku hanya menggelengkan kepala.

No comments: