Sunday, January 14, 2007

= 12 =

Diminta Aimy Aizura Kamarul turun ke bilik tetamu kerana ada tetamu sedang menanti anda. Diulang, diminta Aimy Aizura Kamarul turun ke bilik tetamu kerana ada tetami sedang menanti anda. Terima kasih.

Aku melompat dari katil sebaik saja mendengar pengumuman tersebut.

“Papa dan mama aku datang. Seronoknya,” jeritku.

“Wei…orang lain pun mak ayah datang juga tapi takde lah macam kau,” tegur Haliza tersenyum.

“Hehehe..jangan jeles. Aku turun dulu. Eh, nanti kalau Intan dan Sue cari kau bagitau aku kat bilik tetamu kat bawah ek. Diaorang kat bilik basuh, maybe tak dengar pengumuman tadi. Tolong ye,” pesanku pada Haliza. Aku melangkah laju ke bilik tetamu. Langkahku terhenti sebaik saja terpandang 4 pasang kasut tersusun di rak.

Siapa pulak yang ikut, takkan Kak Yana bawa pakwe dia. Aku melangkah perlahan-lahan dan kemudian aku terdengar suara Abang Zaff. Alamak, dia ke. Kacau je, desisku.

“Assalamualaikum,” ucapku ketika tiba di depan pintu.

“Waalaikumusalam. Rindunya umi pada anak umi yang sorang ni. Zura sihat?” soal umi sebaik saja aku masuk dan bersalamannya dengannya. Kemudian aku bersalam dengan papa dan Kak Yana.

“Sihat je, Zura pun rindu juga. Dah lama ke sampai?”

“Adalah dalam setengah jam,” jawab Kak Yana. Aku memandang Kak Yana dengan dahi yang berkerut.

“Dah setengah jam? Tapi kenapa baru je panggil Zura?” soalku tak puas hati.

“Tadi takde orang kat bilik perhubungan tu. Nasib baik Zaffri lalu, papa mintalah dia tolong panggilkan Zura,” jelas papa.

“Bukan abang panggil tapi abang suruh budak lain. Abang berbual dengan papa dan mama. Dah lama tak jumpa,” beritahu Abang Zaff tanpa di minta. Aku hanya menganggukkan kepala.

“Zura, macam mana study? Selalu tak minta tolong dengan Zaffri?” soalan Kak Yana mengejutkanku. Buat apa minta tolong dengan dia tu, desis hatiku.

“Study okey. Erm.. adalah juga sesekali Zura minta tolong dengan Abang Zaff. Susah nak jumpa Abang Zaff sebab dia Ketua Pelajar, mana ada masa nak jumpa Zura selalu lagipun kan, kak…Abang Zaff ni ada makwe, nanti makwe dia cemburu pulak kalau Zura selalu minta tolong dengan dia,” ujarku tanpa berselindung. Rasakan, siapa suruh sakitkan hati aku.

“Ye ke,Zaff?” soal papa sambil tersenyum. Mesti papa ingat aku saja nak kenakan Abang Zaff.

“Mana adalah, pa. Zura saja main-main tu,”

“Kalau betul pun apa salahnya, asalkan study tak terjejas,” ujar mama pulak. Aku dapat lihat air muka Abang Zaff yang berubah. Aku hanya ketawa di dalam hati.

Setelah hampir sejam berbual sambil makan makanan yang dibawa oleh mama, akhirnya tiba masa untuk aku berpisah kembali.

“Take care, jangan nakal-nakal,” pesan umi. Aku hanya angguk dan senyum.

“Jaga diri. Apa-apa hal bagitau, kalau tak nak call rumah pun, bagitau Zaffri,” pesan Kak Yana pulak. Aduh, bagitau Abang Zaff nak buat apa, rungutku.

“Okeylah. Anak papa ni jaga diri, dengar cakap Zaffri. Papa dah bagitau dia kalau Zura langgar peraturan sekolah, denda aje. Kalau perlu dilucutkan jawatan pengawas pun buat lah,”

“Papa!! Ada ke kata macam tu pada Zura. Zura budak baiklah,” jawabku sedikit geram.

“Okey, kami balik dulu,”

Aku hanya menganggukkan kepala. Kemudian, aku berpusing untuk naik ke asrama sebaik saja kereta yang dipandu papa hilang disebalik bangunan sekolah.

“Marah abang lagi ke?”

“Ermm..entahlah. Tak marah dah agaknya,” jawabku acuh tak acuh.

“Alhamdulillah, lega abang dibuatnya,” jawab Abang Zaffri.

“Apsal?” soalku sebaik saja mendengar ucapan alhamdulillah yang keluar dari mulutnya.

“Ye la. Lega sebab adik abang ni dah tak marah pada abang lagi. Lepas ni abang dah serik nak usik Zura lebih-lebih,”

“Lain kali tapis dulu ya, jangan main suka-suka je nak kata Zura macam tu. Okeylah, Zura naik dulu. Nanti kalau Zura cakap lama-lama dengan abang ada pulak yang report pada girlfriend abang, sia-sia je Zura kena ‘basuh’ nanti. Jumpa lagi, bye,” ucapku selamba lalu menapak naik ke asrama meninggalkan Abang Zaff yang aku pasti masih menanti sehingga aku tiba di atas.

No comments: