Friday, January 5, 2007

= 8 =

“Hari ni nak pergi library tak?” soalku pada Suhana yang masih berlingkar di atas katil.

“Library? Nak pergi pukul berapa?”

“Ni dah dekat pukul 11, kejap lagi kita pergilah. Lepas tu kita balik terus pergi makan kat dewan makan. Petang lepak-lepak kat dorm ajelah,”

“Okey juga. Intan, kau nak ikut kami tak?” soal Suhana pada Intan yang sedang meniarap di atas lantai sambil membaca suratkhabar.

“Malaslah. Lagipun makcik kita nak datang, nanti tak dengar pulak pengumuman kalau kita ikut pergi library,”

“Takpelah kalau tak nak ikut,” ujarku pula lalu bangun dari katil menuju ke loker.

“Nak buat apa tu?” tegur Suhana.

“La..nak ambil tudung la, apa lagi. Takkan nak pergi library kepala togel,”

“Hehehe, aku ingat kau nak gi mana tadi,” ujar Suhana sambil ketawa kecil. Kemudian dia pun turut sama bersiap memakai tudung.

“Berdua je ke? Intan mana?” tegur Kak Asmah sebaik saja aku dan Sue melangkah masuk ke perpustakaan.

“Intan tunggu makcik dia datang,” jawab Suhana. Aku pula terus mencari tempat yang sesuai untuk membuat rujukan dan ulangkaji.

“Kita duduk sinilah, tak ramai orang,”

“Okey. Kau pergilah cari buku, sekejap lagi aku pergi. Nak rehat jap, penatlah naik tangga.”

Aku menuju ke rak buku yang tersusun rapi. Satu persatu buku rujukan Sejarah aku belek.

“Kusyuknya dia,”

“Ish..abang ni, terkejut Zura tau!” ujarku memarahi tuan punya suara yang menegur aku secara tiba-tiba.

“Kusyuk sangat pun sampai tak sedar apa jadi kat sekeliling. Datang dengan sapa?”

“Dengan siapa lagi, best friend Zura la. Abang buat apa kat sini? Jarang nampak abang kat library hari Ahad macam ni. Selalu abang pergi dating kan, hari ni tak pergi ke?”

“Bila pulak abang berdating ni? Suka sangat mendengar gossip-gossip liar tu. Kan abang dah bagitau masa mula-mula Zura datang dulu, abang single lagi,”

“Yelah tu,”

“Sungguh tapi kan memang hari abang ada dating pun,”

“Hah, kan dah kata dah. Saja tak nak mengaku. Mana girlfriend abang?” soalku sambil memanjangkan leher melihat kelibat Kak Dalila. Ramai yang tahu bahawa Abang Zaffri adalah boyfriend Kak Dalila.

“Girlfriend? Ada kat sini,”

“Mana?” soalku kerana aku tak nampak pun Kak Dalila.

“Ni, kat depan abang sambil pegang buku Sejarah Malaysia,” jawab Abang Zaffri selamba. Aku menjegilkan mata…

“Abang ni..orang tanya betul-betul dia jawab main-main pulak,”

“Betul, kat depan abang la girlfriend abang,”

“Abang jangan nak buat pasal tau. Kalau Kak Dalila atau geng dia dengar apa yang abang kata pada Zura ni, naya Zura tau. Sejak Zura jadi pengawas lepas tu abang pulak rapat dengan Zura, Kak Dalila tu dah lain macam tau. Kalau selisih dengan Zura selalu jeling-jeling Zura,” ujarku seakan-akan mengadu.

“Kenapa pulak dia jeling Zura? Zura ada buat salah dengan dia ke?”

“Abang ni…sebab abang la dia jeling-jeling Zura. Dia ingat Zura nak rampas abang dari dia kot sebab abang baik dengan Zura. Tapi sebenarnya Zura bukan nak rampas abang pun. Kan Zura anggap abang macam abang Zura, abang pun anggap Zura macam adik abang kan?”

“Ye ke, bukan Zura memang ada hati dengan abang ke? Tu sebab Zura rapat dengan abang kan?”

Tersentak aku dengan jawapan yang diberikan oleh Abang Zaffri. Soalan aku dijawab dengan soalan juga. Aku tak sangka seseorang yang aku anggap abang mengeluarkan kata-kata yang sebegitu pada aku. Sangka aku, bila aku mengadu tentang Kak Dalila dia akan menyokong kata-kata aku tapi rupa-rupanya dia pun berprasangka macam Kak Dalila dan kawan-kawannya. Aku meletak kembali buku Sejarah ke raknya dan kembali ke meja meninggalkan Abang Zaffri berdiri di rak buku tersebut.

“Nak pergi mana?” soal Suhana semasa berselisih dengan aku di depan bilik red-spot.

“Balik,” jawabku ringkas.

“Balik? Kita baru datang kan,”

“Aku sakit perut la. Kau nak stay sini takpelah, aku balik sorang,” Aku meneruskan langkah meninggalkan Suhana. Sebenarnya aku bukan sakit perut tapi sakit hati. Sakit hati dengan kata-kata Abang Zaffri terhadapku tadi. Macam lah aku yang nak rapat dengan dia, sedangkan dia sebenarnya yang beria-ia nak rapat dengan aku, nak jadikan aku adik angkat sebab takde adiklah kononnya. Tiba-tiba hari ni bila aku mengadu tentang perangai makwe dia yang suka jeling-jeling aku, dia kata aku suka kat dia…tolonglah..jeritku dalam hati.

“Zura! Nak pergi mana?”

Aku meneruskan langkah, enggan berhenti atau menjawab panggilan tersebut.

“Zura! Aimy Aizura!”

Sibuk je panggil aku, tak kuasa nak layan, bisikku sambil menambah kelajuan langkahku.

“Zura! Nantilah,”

Langkah ku terhenti apabila tanganku ditarik.

“Abang nak apa?” soalku keras.

“Kenapa ni?”

“Kenapa apa? Zura nak balik dorm,”

“Merajuk dengan abang ye?”

“Merajuk? Tak kuasa nak merajuk dengan abang. Yang abang kejar Zura ni kenapa? Zura nak balik dorm,”

“Memang Zura merajuk dan marah pada abang ni. Zura baru sampai library dah nak balik. Peliknya,”

“Takde apa yang pelik, bang. Abang pergilah masuk library balik. Nanti Kak Dalila nampak susah Zura nak jawab,”

“Dalila takde,”

“Tak kisahlah apa pun. Yang penting Zura tak nak sesiapa pun salah sangka dengan Zura termasuklah abang. Bye,” ujarku lalu melangkah meninggalkan Abang Zaffri yang pastinya tercengang-cengang. Siapa suruh menyakitkan hati aku.

No comments: