Friday, January 5, 2007

= 7 =

Seminggu berlalu dan akhirnya MTS tiba ke penghujung. Petang nanti akan diadakan acara penutup. Bagi kumpulan yang terbaik akan mendapat hadiah begitu juga dengan pelajar baru yang terbaik. Aku tak mengharapkan apa-apa hadiah pun. Kalau ada, adalah.

“Saat yang dinanti telah tiba. Kumpulan terbaik secara keseluruhan jatuh kepada kumpulan nombor 3. Dijemput ketua kumpulan untuk naik ke pentas menerima hamper,”

“Kumpulan kita dapat,” bisik Suhana gembira. Aku hanya menganggukkan kepala.

“Dijemput ketua kumpulan naik ke pentas untuk menerima hamper dari pihak JK MTS,”

“Khairul, pergilah naik,”

“Suruh Aimy naik. Dia duduk kat tepi tu,” beritahu Khairul. Aku hanya memandang.

“Aku bukan ketua lah, kau ketua,” balasku.

“Naik ajelah, kau kat tepi. Cepatlah, orang tunggu tu,” suruh Khairul. Dengan perasaan geram dan tak puas hati, aku bangun dan menuju ke pentas. Nasib baik Abang Firdaus yang bagi hadiah, dibuatnya Abang Zaffri yang bagi, kes naya je…

“Baiklah, seterusnya untuk hadiah individu, ada dua kategori. Lelaki dan perempuan. Dijemput Zaffri untuk menyampaikan hadiah,” ujar Syed Naim.

“Kategori lelaki jatuh kepada Mohd. Hakim b. Zainal manakala kategori perempuan jatuh kepada Aimy Aizura bt. Kamarul. Dijemput kedua-duanya naik ke pentas untuk menerima hamper,”

Aku terkejut mendengar namaku disebut dan paling mengejutkan, aku perlu naik ke pentas dan menerima hadiah dari Abang Zaffri. Oh, tidak…

“Zura, apa lagi tu. Cepatlah, Hakim dah turun dah,”

“Hah?!” aku tersentak apabila disiku oleh Suhana dan secara automatic aku terus berdiri dan melangkah ke pentas.

“Tahniah. Lepas ni boleh la belanja abang,”

“Terima kasih,”

Semasa turun dari pentas dan ingin menuju ke tempat dudukku di barisan belakang, aku sempat menangkap jelingan beberapa orang kakak senior kepadaku. Salah seorangnya ialah Kak Dalila. Kenapa pulak jelling-jeling kat aku, hatiku tertanya-tanya dengan sikap mereka. Pelik rasanya.

“Apsal Kak Dalila and the geng jeling semacam je kat aku,” luahku pada Suhana dan Intan sebaik saja aku tiba di tempat dudukku.

“Kak Dalila dan the geng jeling kat awak?” soal Intan inginkan kepastian. Aku menganggukkan kepala.

“Entah, kenapa ek…”

“Aku tau kenapa,” bisik Suhana. Aku dan Intan memandang Suhana serentak.

“Sebab….Abang Zaff minat kat kau. Tu pasal la dia jeling kau macam tu,”

“Memandai je buat spekulasi. Sekeh kang baru tau,” ujarku geram.

“Betul. Sejak malam mula ari tu kan, aku tengok Abang Zaff tu lain macam je tau. Aku tau dia asyik tengok kau je. Bila ada je LDK dia mesti akan tengok kau. Kau je yang tak perasan atau buat-buat tak perasan,” luah Suhana dan sesungguhnya pernyataan yang keluar dari mulutnya membuatkan aku terpana. Begitu juga dengan Intan.

“Ye ke, Sue?” soal Intan. Suhana menganggukkan kepala. Aku pula menggelengkan kepala. Suka dia je nak buat cerita budak Sue ni.

“Awak jangan nak dengar kelentong Sue ni, Intan. Entah apa-apa je,”

“Tapikan, Zura. Kalau betul pun apa salahnya, kita suka tengok muka Abang Zaff tu. Macam padan la dengan awak,”

“Aduh…penyakit Sue dah jangkit kat Intan pulak. Gasak koranglah, malas nak layan,” jawabku lalu menumpukan perhatian ke depan. Kalaulah betul apa yang Sue kata, habis aku. Mesti kakak-kakak tu anti kat aku nanti, bisikku.
“Tunggu kita tau. kita nak call mak kita kejap,”

“Okey, kami tunggu kat kerusi tu ye,” kataku sambil menunjuk ke arah sebuah kerusi batu berhampiran pondok telefon tersebut.

“Aku rasa kan, Intan tu anak manja. Kau tengoklah gaya dia bercakap tu,” kata Suhana ketika kami sedang menanti Intan.

“Mungkin la tapi dia ada adik tau,” aku memaklumkan kepada Suhana.

“Mesti jarak diarorang jauh…eh…”

“Kenapa?” soalku apabila Suhana tiba-tiba berhenti bercakap.

“Tu, Kak Dalila and the geng datang sini lah,”

“Mana?” soalku.

“Itu…” tunjuk Suhana. Tiba-tiba aku rasa macam seram sejuk. Kenapa jadi macam tu aku pun tak tau. Alamak, betullah dia datang sini, apa aku nak buat. Bertenang Zura, bertenang, bisikku.

“Tahniah!” ujar Kak Dalila kepadaku.

“Tahniah? Untuk apa, kak?”

“Terpilih untuk pelajar terbaik MTS. Akak tengok Zura confident je bila bercakap. Memang tak salah akak calonkan Zura untuk jadi pengawas sekolah,” terang Kak Dalila. Pengawas sekolah, alamak…

“Ish..akak ni, pandai-pandai je. Mana ada, Zura biasa-biasa je, tak payahlah calon untuk jadi pengawas. Tak sesuai,” jawabku merendah diri. Suhana hanya diam memerhatikan aku dan Kak Dalila berbual.

“Akak dah calonkan dah. Lagipun bukan akak sorang je yang calonkan Zura tapi Hariz pun calonkan Zura. Dialah yang bagi nama Zura untuk jadi salah seorang calon pengawas tingkatan 4,”

“Hariz? Siapa?” soalku pelik kerana aku tak kenal sesiapa yang bernama Hariz. Kak Dalila ni silap orang agaknya, bisikku.

“Hariz Zaffri, facilitator kumpulan Zura,”

“Abang Zaff?” soalku terkejut.
“Ya. Dia tu Ketua Pengawas jadi masa MTS ari tu dia sentiasa perhatikan mana-mana junior yang berbakat untuk jadi pengawas. Zura salah seorang daripadanya,” terang Kak Dalila panjang lebar. Sungguh aku tak sangka Abang Zaff tu Ketua Pengawas, takde gaya langsung, simple je.

“Oo..” hanya itu yang keluar dari mulutku kerana masih terkejut.

“Akak balik dulu, tu kawan-kawan dah tunggu. Mungkin dalam minggu dean ada interview untuk pengawas baru so, best of luck,”

“Thanks, kak,”

“Wah, dasyat kau! Dah tercalon untuk jadi pengawas dan yang mencalonkan bukan calang-calang orang tapi Ketua Pengawas,”

“Ish…harap-harap tak dapatlah jawatan tu. Malas la,”

“Kau ni, kalau dapat kan bagus. Boleh la kau selalu bersama Abang Zaff. Aku rasa Abang Zaff calonkan kau sebab dia nak kau ada selalu dengan dia tu,”

“Mula dah perangai mengarut dia tu. Tolonglah, Sue. Aku tak suka la kau buat gossip ntah apa-apa ni. Dengar kat Abang Zaff ke, sapa ke kan ke malu jadinya,” marahku pada Suhana.

“Eleh..usik pun tak boleh tapi kalau betul okey apa,”

“Sue!! Jangan nak mengada!!”

“Apsal ni? Kenapa awak marah-marah ni, Zura?” soal Intan yang baru saja muncul di hadapan aku dan Sue.

“Minah ni ada wayar tercabut, itu yang saya marah kat dia,”

“Wayar tercabut? Wayar apa?”

“Mana ada wayar tercabutlah. Aku saja usik Zura dengan Abang Zaff. Abang Zaff calonkan Zura untuk jadi pengawas dan jadi calon isteri dia,” usik Suhana lagi.

“Sue!! Sekali lagi kau cakap macam tu, aku tak cakap dah dengan kau,” ugutku. Runsing apabila digossiplan macam tu. Rimas.

“Okey, ampun tuan puteri. Hamba janji lain kali hamba tak usik lagi dah. Tuan puteri ampunkan hamba, ya,”

Aku hanya diam. Geram dengan sikap Suhana. Aku membuka langkah, ingin pulang ke asrama. Namun baru beberapa langkah,aku terdengar namaku dipanggil lantas aku menoleh.

“Ya, kenapa?”

“Abang dah calonkan nama Zura untuk pengawas tingkatan 4. interview minggu depan so Zura prepare la ya. Abang bagitau ni supaya Zura tak terkejut kalau tiba-tiba kena panggil jumpa guru disiplin dan pengetua,” beritahu Abang Zaffri padaku.

“Zura dah tau, tadi Kak Dalila dah bagitau,” jawabku jujur.

No comments: